Ramai yang kurang faham tentang pengumuman Bank Negara Malaysia tentang 6 bulan tempoh tidak perlu bayar ansuran Bank untuk Personal Loan, Housing Loan, Car Loan dan Business Loan.

Saya kongsikan catatan rakan di bawah sebagai penjelasan mudah.

Nak faham requirement baru BNM ni mudah saja.

1. Tak payah bayar loan rumah & loan kereta untuk 6 bulan bermula 1 April. Maksudnya daripada April sampai September, bayaran ditangguhkan.

Tapi bukan bermaksud loan tu dimaafkan 6 bulan. Kalau sebelum ni loan tamat bulan 12 tahun 2025, lepas ni tamat bulan 6 2026.

2. Hutang kad kredit masih kena bayar. Tapi kalau memerlukan boleh tukar jadi loan bertempoh 3 tahun dan kadar faedah tak lebih 13%. Maksudnya masih berhutang tapi murah sikit dan masa nak bayar panjang sikit.

3. Sebelum ni ada had untuk bank bagi pinjaman beli property, saham dan unit trust. Lepas ni had2 tu dimansuhkan. Had untuk bagi pinjam dekat syarikat2 berkait TNB, Petronas dan Telekom dinaikkan. Apa2hal eletrik, gas, minyak dan unifi kena jalan. Kalau unifi down macamana page2 troll nak main peranan waktu genting ni?

4. Macamana bank boleh tahan semua ni, tak rugi ke? Itu sebab BNM cakap yang rizab2 bank boleh dikurangkan, tak perlu simpan sangat duit, boleh guna sebab waktu krisis. Haritu pun BNM dah cairkan sebahagian rizab yang bank komersial simpan di BNM.

5. Semuanya untuk lancarkan kesempitan yang dihadapi orang ramai waktu ni. Dan kalau baca betul2 requirement ni sampai bulan 9. Siapa yang ‘read between the lines’ akan faham yang BNM sebenarnya jangka kesan ekonomi Covid untuk berlarutan lebih daripada 2 minggu ni saja. Mungkin akan sampai hujung tahun.

Itu sahaja. Siapa yang sedang mengalami kesulitan semoga Allah permudahkan.

Jangan lupa ambil peluang ada extra tunai untuk jadi pemilik Raudhah Grocer dan Malakat Mall.

Beli saham Kooperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia. KOPPIM.

www.koppim.com.my/daftar

Bantu wujudkan 1,000 Raudhah Grocer keseluruh negara!

Share kepada kawan2

#sharingisblessing #CoachFadzil #MalakatMall #RaudhahGrocer

Leave a Reply