top of page
Writer's pictureCoach Fadzil

Surat Terbuka Kepada Warga Putrajaya


Assalammualaikum wbt. Kepada saudaraku-saudaraku yang dikasihi. Saya Coach Fadzil Hashim, Pengasas Malakat Mall dan Kumpulan Pendidikan Brainy Bunch. Alhamdulillah! Malakat Mall Cyberjaya sudah berusia 1 tahun! Saya ingin mengambil kesempatan untuk menperjelaskan tujuan penubuhan Malakat Mall ini. Kita sedar selepas 63 tahun kita merdeka, keadaan ekonomi kita semakin hari menjadi semakin lemah!

Tahukah Saudara ?

  • 40% pendapatan isi rumah keluarga Islam masih di bawah RM2,000?

  • Lebih 72% orang kita tidak mempunyai aset kewangan?

  • Lebih 50% orang kita yang mempunyai akaun ASB mempunyai baki kurang dari RM600?

  • Lebih 50% anak-anak dari keluarga B40 berhenti sekolah selepas PT3?

  • Majoriti anak muda kita terpaksa mengenepikan agama hanya untuk mendapatkan pekerjaan.

  • Usahawan Muslim kita tidak mempunyai akses PASARAN yang besar! Mereka hanya boleh berniaga di crowded dan small market.

  • Pasaraya besar milik orang lain tidak memberikan akses yang mudah untuk usahawan kita.

  • Majoriti kita telah diprogram menjadi pengguna yang dipergunakan untuk mengkayakan mereka dari wang kita sendiri!

  • Kita hanya menjadi pengguna dan sangat kurang menjadi pembekal

  • Dari lebih RM110 Billion perbelanjaan runcit negara pada tahun 2019, orang kita hanya mendapat 8% syer pembekalan sebagai peruncit.

  • 60% daripada RM110 Billion ini pula dikuasai oleh syarikat asing!

  • Nilai sebenar sektor runcit di dalam rantaian pembekalan sebenarnya bernilai lebih RM300 Billion!

  • Negara kita terpaksa mengimport lebih RM50 Billion makanan dari negara luar kerana kita tidak mampu mengambil peluang menghasilkan makanan asas di dalam negara kita sendiri.

  • 90% orang kita hanya mempunyai satu jenis pendapatan sahaja.

  • Lebih menyedihkan, kebanyakkan kita sebenarnya bekerja seluruh hidup untuk membayar RIBA yang sangat dibenci ALLAH!


Masa depan anak cucu kita akan menjadi lebih mencabar sekiranya kita tidak merancang untuk mengubah nasib kita dengan strategi dan tindakan yang luarbiasa.

Fakta ini seharusnya mampu menyedarkan kita tentang kepentingan untuk kita bangkit dan gunakan kekuatan yang ada dengan kita bagi mengubah nasib anak cucu kita!

Jadi bagaimana? Apa yang boleh kita lakukan? Sedangkan kita tidak mempunyai kekuatan kewangan yang besar?

Sebagai orang Islam, kita wajib kembali kepada formula penyelesaiaan yang telah ditunjukkan oleh Nabi terCINTA kita, Nabi Muhammad SAW!

Hanya dengan kembali kepada sistem Islam secara sepenuhnya akan kita dapat menyelamatkan diri kita dari situasi yang sangat membahayakan masa depan anak cucu kita.

Ada segelintir kita yang berasakan situasi mereka tidaklah terlalu teruk. Kita masih boleh beli rumah, kereta, membeli belah dan melancong. Pendapatan bulanan pun dah cukup untuk hidup selesa.

Kepada mereka ini, sedarlah yang kita nampak ‘okey’ sebab negara kita memberi kita kemudahan mendapatkan pembiayaan bank bagi tujuan di atas. Memang nampak macam ‘okey’ tetapi hakikatnya mereka yang nampak sangat kaya pun sebenarnya mempunyai hutang RIBA yang sangat banyak!

RIBA yang diisytihar perang oleh ALLAH kepada mereka yang terlibat merupakan punca utama masalah ekonomi dunia yang menyaksikan kegagalan demi kegagalan sistem pengagihan kekayaan dunia!

Lapan orang terkaya dunia mempunyai aset bersamaan dengan 3.6 billion populasi dunia! Sedangkan lebih 600 juta manusia tidak mempunyai tempat tinggal! Lebih 400 juta pula tidak mendapat akses air bersih! Dan hampir 19,000 anak-anak yang berumur bawah 5 tahun, mati setiap hari!

Alhamdulillah! Dengan berkat doa para ulama dan pejuang-pejuang Islam yang bertungkus lumus untuk kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, saya mendapat ilham, formula dan kini platform untuk kita mengubah nasib kita sekarang dan inshaAllah nasib anak cucu kita di masa akan datang. Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 31 “Katakanlah ( Muhammad) Jika kamu mengasihi Allah, maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” Allah juga mengingatkan kita “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” Surah Al Ahzab Ayat 33. Pada tahun 2019, saya telah melancarkan program kesedaran ‘Ayuh Bangkit’ bagi mencetus kebangkitan untuk membina ekosistem ekonomi Islam yang baharu. Alhamdulillah, di siri ketiga, saya mendapat kefahaman tentang ibrah dari Hijrah Rasullullah SAW! 13 tahun Nabi berjuang di Makkah dalam menanamkan asas akidah yang kukuh kepada sahabat-sahabat. Tiada Tuhan selain ALLAH SWT dan Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi terakhir merupakan fokus utama dalam tempoh tersebut. Peristiwa Hijrah sebenarnya mempunyai formula penyelesaian kepada masaalah yang kita hadapi hari ini. Hari ini, Ummat Islam lemah dan ditindas di seluruh dunia. Negara yang kita majoriti pun kita diikat dengan sistem ekonomi berasaskan RIBA. Islam hari ini kebanyakannya diamalkan hanya dalam ibadah khusus. Di luar ibadah, kita sebenarnya tidak mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar.

Pengajaran dan panduan yang dapat kita ambil dari peristiwa Hijrah ini adalah seperti berikut : Kita harus berusaha berhijrah dan tinggal dengan sahabat-sahabat yang kita cintai. Inilah yang dilakukan oleh Baginda Rasulullah SAW! Beliau tinggal bersama dan Solat bersama di setiap hari. Setiap waktu selepas Solat, ianya digunakan untuk menyampaikan pendidikan, panduan dan juga perbincangan untuk menyusun strategi bagi memperkuatkan Islam. Setelah membina Masjid, Nabi pergi pula ke PASAR @ Market Place yang pada waktu itu dikuasai oleh orang Yahudi. Nabi tidak bertindak untuk berniaga di PASAR YAHUDI yang menindas dan mengamalkan RIBA! Nabi membina PASAR ISLAM sendiri dan memulakan pembinaan asas ekonomi Islam! Walaupun ketika itu sahabat-sahabat yang dahulunya kaya di Makkah tetapi mereka berhijrah ke Madinah, meninggalkan kekayaan masing-masing di Makkah. Mereka bermula dengan ‘ZERO’ tetapi akhirnya kaya yang juga menjadi asas Tamadun Islam yang kita warisi hari ini.

Pasar Bebas RIBA milik orang Islam yang tidak menindas dan terbuka kepada semua merupakan panduan utama yang wajib kita ikuti. Dari sinilah saya mendapat ilham untuk mewujudkan Malakat Mall! Versi Pasar Madinah kita yang terbuka dan memberi peluang kepada Usahawan Muslim memasarkan produk mereka dengan mudah! Malakat adalah nama yang diberi oleh pedagang Arab kepada Melaka di zaman kesultanan Melayu abad ke 14 di mana ketika itu Melaka merupakan antara bandar terkaya di dunia. Orang Melayu hebat dengan perdagangan dan menguasai teknologi pembuatan kapal dan senjata. Itulah asal nama Malakat Mall yang berusaha menjadikan Malakat Mall sebagai Kapal Perang Ekonomi persis Kapal Hang Tuah ‘Mendam Berahi’ versi moden(merdeka dari dendam, berani kerana ilahi). Oleh kerana kos untuk membina PASAR BESAR agak tinggi, saya meminta pasukan saya mencari ‘DEAD MALL’ atau pun PASAR MATI. Rupa-rupanya terdapat lebih 100 Mall MATI di negara kita! Kenapa PASAR MATI? ianya agar kita tidak perlu berbelanja tinggi untuk memulakan ‘Mall’ kita sendiri.

Walaubagaimanapun membuka shopping mall sememangnya memerlukan modal yang sangat tinggi. Saya berusaha mendapatkan sokongan kepada Usahawan Muslim yang sudah berjaya untuk bersama dalam perjuangan ini dengan menawarkan mereka berniaga di dalam Malakat Mall.

Tetapi mungkin kerana menjangkakan ianya sangat sukar untuk dilaksanakan tiada satu pun yang sedia untuk bersama kami. Kita tidak menyalahkan mereka kerana sememangnya kalau fikir logik, memang agak sukar untuk percaya yang kita mampu buka pasar kita sendiri yang menawarkan perkongsian hasil jualan tanpa mengenakan sewa yang tetap. Ya betul! Peniaga tidak dikenakan SEWA!

Oleh kerana tiada Usahawan yang sanggup masuk ke pasar pertama Malakat Mall, kami tiada pilihan selain terpaksa membangunkan beberapa jenama yang menawarkan pelbagai keperluan masyarakat secara sendiri. Kerja yang sangat mencabar ini menjadi ringan apabila kita menerima permohonan pekerjaan dari orang kita yang berada di dalam perniagaan syarikat antarabangsa.luar.

Mereka memohon untuk berjuang bersama-sama kerana mempercayai misi penting kebangkitan baru ekonomi Islam yang kita mulakan. Barisan kepimpinan orang kita yang bekerja di pelbagai jenis jenama antarabangsa melengkapkan pasukan kami. Alhamdulillah, selepas bertemu dengan Dato Nadzim Johan (Toqqi) beliau menawarkan Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) agar digunakan sebagai platform menyatukan kekuatan Ummah. KoPPIM pada ketika itu yang masih belum aktif hanya mempunyai kurang dari 60 ahli tidak aktif. KoPPIM kini kita telah berjaya mendapatkan lebih 25,000 ribu ahli seluruh negara. Alhamdulillah! Untuk makluman, KoPPIM tidak berpihak kepada mana-mana parti politik atau mana-mana individu. KoPPIM sepatutnya menjadi platform penyatuan orang Islam tanpa mengira kecenderungan politik.

Kempen BMF yang diperhebatkan oleh PPIM, PEMBELA dan ratusan NGO Islam yang lain membina suatu momentum yang sangat hebat selepas idea Malakat Mall dipersembahkan kepada masyarakat umum. Banyak video dan post di media sosial menjadi viral. Malakat Mall (Pasar Madinah kita) menyasarkan untuk mengambil alih 100 DEAD Mall dalam tempoh 10 tahun. InshaAllah dengan sokongan Saudara dan rakan-rakan lain, kita akan mampu mengambil alih 50% dari syer pasaran yang kini dikuasai oleh syarikat asing. Nilai RM30 Billion ini sebenarnya hanya di peringkat runcit sahaja. Jumlah di rantaian pembekalan sebenarnya bernilai lebih RM 100 Billion. Ini akan membuka ruang dan peluang usahawan Muslim mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi kepada lebih 1 Juta pengguna Muslim.

Ini sasaran yang kami tetapkan dalam tempoh 10 tahun (2030) : Mewujudkan peluang pekerjaan kepada 1 Juta pengguna Muslim dengan gaji minima RM5,000 dan pendapatan pasif hasil dari dividen Kooperasi RM5,000. Mewujudkan 100,000 peluang perniagaan kepada Usahawan Muslim Membina 100 Malakat Mall di seluruh negara. Mewujudkan 1,000 Malakat Grocer di seluruh negara. Mengeluarkan ASNAF dari kemiskinan dan mencapai ‘ZERO ASNAF’ dan B ‘0’ Membangun supply chain atau rantaian pembekalan agar dikuasai oleh Usahawan Muslim.

Mendidik, Membimbing dan Membantu dan 1 Juta pengguna Islam untuk menyatu kekuatan dalam KoPPIM dan menjadi pemilik bersama Malakat Mall. Membantu 1 Juta pengguna Islam memindahkan perbelajaan belanja runcit mereka dari kedai lain ke Malakat Grocer. 1 JUTA (1,000,000) Komuniti Bebas RIBA 2030.

Saudara-Saudaraku yang dikasihi, Masa depan anak bangsa akan bergantung kepada tindakan SAUDARA hari ini. Saya ingin mengajak Saudara, keluarga dan rakan-rakan lain untuk bersama menyatu dalam perjuangan ini. Sekiranya dahulu Saudara berbelanja di ‘Kedai’ milik syarikat bukan pembayar zakat, kini saya mengajak saudara untuk memindahkan perbelanjaan keluarga Saudara ke Malakat Mall! Saya juga ingin mengajak Saudara menjadi pemilik bersama Malakat Mall dan Malakat Grocer dengan menjadi ahli Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia dengan hanya membeli syer RM100 sahaja. Pindah perbelanjaan keluarga Saudara di ‘Mall’ dan Kedai milik Saudara sendiri. Dengan #RM100JER dan PINDAH belanja runcit keluarga Saudara dan rakan-rakan ke Malakat Grocer yang dimiliki Saudara sendiri, kita akan mampu menyediakan masa depan yang lebih terjamin untuk anak bangsa kita. Covid 19 ini sebenarnya memperingatkan kita untuk membangunkan kekuatan ekonomi setempat!


Saya dan pasukan bersedia untuk bekerjasama bagi memastikan kebangkitan ekonomi Islam ini berjaya dilaksanakan. Daftar lah untuk menjadi ahli KoPPIM secara online di Daftar Ahli KOPPIM Saya juga ingin menjemput Saudara dan keluarga untuk datang ke Malakat Mall, Masjid Tanah untuk melihat sendiri apa yang kami sedang lakukan. Alhamdulillah! Lebih 100% tenaga kerja di Malakat Mall adalah terdiri dari pemuda Muslim yang sedia dibimbing untuk mengembalikan kuasa ekonomi Ummah. Tawaran Khas Untuk SEMUA Warga Putrajaya! Ayuh dapatkan tawaran menarik dari Malakat Mall dengan menjadi ahli kelab Malakat antaranya: 〽️ Dividen 10% ini adalah dikongsi bersama semua pengguna. Pengagihan Dividen akan diberi dalam bentuk Voucher Pembelian Malakat Mall kepada ahli yang berbelanja minimum 12 kali setahun. 〽️ Mendapat ‘Basic Medical Checkup’ di Malakat Farmasi (Malakat Farmasi akan mula operasi pada 15 September 2020. InshaAllah) 〽️ Pendidikan PERCUMA atau Tanah PERCUMA di Muslim Village Resort Percutian 〽️ PERCUMA : Kelas bimbingan kewangan keluarga 〽️ PERCUMA : Kelas “perbaiki solat”/kelas agama Pastikan anda mula hijrahkan pembelian runcit anda dengan membeli dari Malakat Mall! Daftar sekarang sebagai ahli kelab Malakat di link dibawah: ▶️ bit.ly/KelabMalakatMTwa ◀️


Ya ALLAH, Kau saksikanlah usaha Aku bersama SaudaraKu ini berjuang demi mengembalikan kehebatan Islam semula! Ya ALLAH, Kau berikanlah kekuatan kepada kami untuk bebas dari RIBA! Ya ALLAH, Kau berikanlah kejayaan kepada usaha membina 100 Malakat Mall dan 1,000 Malakat Grocer diseluruh negara. Ya ALLAH, Kau bukalah hati kepada 1 Juta Pengguna Muslim untuk menyertai KoPPIM dan berbelanja di Malakat Mall dan Malakat Grocer!

Ameen Ya Rabb!

Yang Menyintai ANDA!

Coach Fadzil Khadam Ummah Pejuang Ekonomi dan Pendidikan Islam Pengasas Malakat Mall dan Kumpulan Pendidikan Brainy Bunch


32 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page