top of page
Writer's pictureCoach Fadzil

PROJEK RM1.2 BILION

SAYA nak kongsi idea yang dipanggil projek RM1.2 bilion. Jumlah ini besar. Saya tak ada duit sebanyak itu. Tapi projek RM1.2 bilion boleh menjana kuasa dengan hanya RM100. Macam mana RM100 nak jadi RM1.2 bilion?

Sewaktu saya anjurkan Ayuh Bangkit ke-3, saya telah bentangkan satu idea untuk mengambil alih syer pasaran runcit negara yang bernilai RM110 bilion di mana lebih RM60 bilion dikuasai oleh syarikat asing.

Saya dah sebut, kalau RM100 kita satukan dalam Koperasi Persatuan Pengguna Islam Malaysia, KoPPIM di mana RM100 dikali dengan 1,000,000 ahli, maka kita akan dapat RM100 juta sebulan.

Kali dengan 12 bulan atau setahun, nilai syer kita secara berjemaah ini ialah RM1.2bilion. Inilah kuasa. Apa yang boleh kita buat dengan RM1.2 bilion ini? Kalau dalam tempoh 10 tahun akan datang, RM1.2 bilion setahun kali dengan 10 tahun, nilai simpanan sahaja jadi RM12 bilion.

AHLI KOPPIM ASALNYA HANYA 60 ORANG!

Tapi, tuan puan sekalian. Logikkah kita nak dapat sejuta ahli dengan RM100? Ada orang kata mengarutlah, Coach. Saya nak terangkan pada tuan puan yang mulia… masa kita mulakan gerakan untuk Ayuh Bangkit melalui projek strategik Malakat Mall melalui platform KoPPIM, masa itu Datuk Nadzim Johan @ Toqqi memberi kita mengambilalih koperasi itu, ia hanya ada 60 ahli tidak aktif.

Pada hari ini, ahli berbayar dah lebih 20,000 orang. Walaupun jauh daripada sasaran kita iaitu sejuta, tapi saya nak bertanya, ada tak sejuta orang Malaysia yang jadi ahli koperasi? Mengikut rekod Suruhanjaya Koperasi Malaysia, jumlah warganegara yang menyertai koperasi berjumlah 6 juta.

Maknanya, daripada 30 juta populasi Malaysia, 6 juta yang dah jadi ahli koperasi. Dan kalau tak silap saya, nilai terkumpulnya ialah RM140 bilion. Makna kata, perancangan nak cari sejuta ahli bukanlah satu perkara pelik dalam sejarah negara.

Dan simpanan RM100 syer sebulan ini bukanlah tak pernah orang buat. Mungkin yang tak pernah dibuat ialah apa yang kami nak buat iaitu membina ekosistem ekonomi Islam sendiri, iaitu beli sesama kita, jual sesama kita dan manfaatkan bersama untuk bebaskan usahawan-usahawan kita dari pinjaman berunsur riba. Ini adalah supaya keuntungan yang diperoleh itu digunakan untuk memulangkan balik dalam bentuk dividen.

MATLAMAT KoPPIM AMAT BESAR Terkini, orang tengah hot dengan norwax ~ kain lap dari kayangan. Harganya bukan murah. Kita tengok ramai yang beli. Dan walaupun ejen-ejennya buat duit, tapi saya belum jumpa mereka menjadi bilionar atau jutawan kerana jual norwax. Begitu juga Atomy dari Korea. Saya tak hendak kata boleh atau tidak. Saya pun macam-macam MLM yang saya sertai dan dapat pengalaman. Tapi berapa ramai yang jadi kaya dengan MLM ini? Yang banyak ialah mereka yang dapat sedikit untung. Mereka juga tidak menyelesaikan masalah ekonomi seperti menghapuskan riba, food security, pendidikan percuma, kesihatan untuk semua atau menjual secara runcit. Tak ada di antara MLM yang buat.

Biasanya barang-barang MLM ini adalah barangan yang bukan perlu, yang kalau ada okey, tak ada pun tak ada masalah. Tapi produk luar yang itu pun kita sokong gila-gila hingga mereka dapat ahli lebih sejuta. Dan syarikat induknya tak ada pun merancang untuk jadikan ejen-ejen itu sebagai usahawan. Mereka hanya menjadi penjual atau pengguna sahaja.

MULAI DENGAN RM100 JER Tuan-tuan yang mulia. Saya nak ajak tuan-tuan untuk bersama dalam gerakan membina ekosistem ekonomi Islam. Tak kisahlah betapa panjang pun PKP, kita guna kuasa sedikit yang kita ada iaitu RM100 jer. RM100, macam MLM juga iaitu cari 10 orang untuk sertai koperasi. Koperasi ini bukan milik saya. Koperasi ini milik anda. Saya hanya jadi Penasihat Ekonomi koperasi sahaja. Koperasi tak ada kos kerana kita tak bayar gaji staf kerana kita kerja secara pro bono (percuma, tanpa gaji). Kita satukan duit kita di koperasi. Koperasi ini menggunakan duit untuk membuat pelaburan strategik dalam menguasai rantaian pembekalan keperluan runcit masing-masing iaitu keperluan kita.

BAGAIMANA NAK GANDAKAN HINGGA BERJUTA Beli sesama kita, jual sesama kita dalam ekosistem Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia. Saya cari 10 orang… 10 orang ini cari 10 orang lagi menjadi 100. 100 kali 10 menjadi 1,000. 1,000 kali 10 menjadi 10,000, kali 10 menjadi 100,000, kali 10 menjadi 1,000,000. Maknanya dengan enam kali lapisan akan dapat sejuta. Lepas dari itu kita dapat dana RM1.2 bilion setahun atau RM100 juta sebulan, yang mana RM100 juta sebulan itu kita dah boleh buka sekurang-kurangnya 10-20 buah mall. Dan dalam tempoh 10 tahun insya-ALLAH kita akan wujudkan 100 mall yang dimiliki oleh koperasi bersama dengan usahawan-usahawan yang kita bangunkan. Saya ini cuma pencetus sahaja atau puppet master. Majoriti keuntungan akan balik kepada koperasi dan usahawan yang terlibat. Puratanya menurut anggaran saya, dengan pelaburan dalam perumahan, peruncitan, ladang, makanan, sekolah dan hospital, kita congak-congak, kita boleh flip 70 kali ganda pendapatan iaitu dengan modal RM1 bilion akan menjana perniagaan bernilai RM70 bilion. RM70 bilion, jika pendapatan bersihnya kepada koperasi iaitu RM7 bilion setahun, maksudnya simpanan RM1,000 akan memberi pulangan hingga tujuh kali ganda. Ini bukan jaminan tetapi jika diusaha secara bersama di antara koperasi dan usahawan.

APA YANG BOLEH KITA LAKUKAN? Kita ada kuasa bina RM1.2 bilion ini dengan RM100 aje pada tahap individu. Cuma kita cari kawan-kawan kita, adik beradik kita untuk masuk dengan RM100. RM100 untuk selamatkan agama, RM100 untuk selamatkan ibu dan ayah, RM100 untuk selamatkan anak-anak kita daripada sistem ekonomi kapitalis, kerana selama ini kita berbelanja di tempat orang lain hingga mereka kaya. Bila mereka kaya, mereka tindas kita lagi. Jadi apa yang susah sangat nak fikir-fikir lagi? Kita dah mulakan dengan Malakat Mall. Di situ ada 40 jenama. Walaupun PKP, pasaraya kita masih boleh lagi beroperasi. Malakat Grocer di Putera Perdana, Puchong pula adalah versi kecil. Usahawan-usahawan kita mahu buka tetapi mereka tak cukup modal kerana nak buka sebuah kedai seperti Speedmart 99 itu memerlukan lebihkurang RM500,000.

PERANAN BESAR KoPPIM Berapa ramai orang kita yang ada RM500,000? Tetapi bila ada koperasi, kita panggil aje usahawan yang hendak berkhidmat, koperasi beri 30 % untuk bisnes ini. Ahli pula akan bantu kerana mereka mempunyai syer dalam kedai itu. Ia logik kerana kita buat formula menang-menang; koperasi dapat, usahawan dapat modal tanpa hutang riba dan pengguna dapat barang bersama pulangan. Ini yang kita sedang usahakan. Jadilah ahli Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia. Daftar online sahaja dan lepas itu masuk dalam kumpulan telegram. Satukan kekuatan kita. Simpan RM100 aje. Tak payah banyak-banyak. Jadi saya nak tasykil, kawan-kawan semua, satukan risau fikir kita mulakan tindakan menyertai KoPPIM dengan RM100 sebulan. Siapa yang tak mampu, tak mengapalah masuk syer RM100 setahun. Insya-ALLAH, nanti dengan niat dan risau fikir, ALLAH akan beri keberkatan boleh masukkan lebih. Ataupun ajak kawan-kawan lain untuk bantu bina ekosistem ekonomi Islam kita sendiri. Ada orang tak percaya kononnya saya nak menjual agama. Tak apa, bagilah orang nak kata apa pun. Tapi hari-hari saya cakap benda yang sama, usahakan benda yang sama. Saya harap saya dapat reach out kepada kawan-kawan semua.

MARI KITA AJAK KAWAN-KAWAN Saya pasti dalam telefon kita ada 1,000 kawan-kawan. Cuba cari 10 orang dahulu. Kalau tak boleh ke rumah mereka, buat secara online. Pihak koperasi akan bagi panduan cara menyertai KoPPIM. Saya akan kongsikan video untuk penerangan dan sebagainya dengan tuan-tuan. Walaupun ini merupakan pelaburan untuk dapat pulangan, tetapi niat utama ialah hendak selamatkan agama. Walaupun saya ada kereta dan rumah, tetapi semuanya dengan hutang riba. Bukan senang kita hendak keluar dari hutang riba. Ia memerlukan penyatuan dengan hati kita bertaut. Kita mungkin punyai perbezaan. Di antara kita, ada beza sedikit, bukan pada benda-benda yang asas tetapi yang kecil-kecil. Sebab itu kita kena fokus pada yang sama iaitu Lailahailallah Muhamadur Rasulullah atas keyakinan yang sama, tiada kuasa selain daripada ALLAH. Tiada makhluk yang berkuasa. ALLAH sahaja yang punya kuasa.

DI MANA ADA KEMAHUAN, DI SITU ADA DOA Memang kita ada kelemahan sebelum ini sebab kita buat dahulu, tak tunggu. Ada orang kata patutnya jangan buat dulu. Saya ni jenis orang yang cukup yakin. Cara saya berniaga ini susah orang nak buat. Cara saya begini… manusia hanya perlukan kemahuan dan minta kepada ALLAH. Apakah kita hendak keluar dari riba? Hendak tak kita dapat pendapatan sebulan minima RM5,000? Hendak tak pendapatan pasif dari hasil dividen RM5,000 sebulan? Hendak tak ekosistem di mana orang kita dah tiada yang asnaf? Hendak tak kita bina satu ekosistem yang mana kita berjiran dengan orang beriman yang taat kepada ALLAH supaya kita dapat jaga urusan harian agama kita? Kita cuma mahu sahaja dan doa kepada ALLAH. Ulama kata, azam ini percuma, minta ini percuma, sebab yang akan beri kemampuan bukannya kita tetapi ALLAH. Saya hidup susah pada asalnya tapi ALLAH yang bagi senang. Manusia hanya perlu mahu dan kemudiannya usahalah. Kadang-kadang kita mahu, tak mintak pun tetapi kita dapat. Semalam saya nak buka puasa. Saya dah suruh anak saya beli minuman Tea Amo tetapi anak saya tak baca mesej. Tiba-tiba anak saya yang kecil pula bawa Tea Amo. Saya tanya, ‘mana datang Tea Amo ni?’ Rupa-rupanya isteri saya beli pagi itu.

SEMUA DATANG DENGAN BANTUAN ALLAH Sebab itu kita minta dan usaha sahaja. Kalau nak dikira kemampuan, kita memang tak mampu. Tapi nusrah (pertolongan) ALLAH akan turun bila kita yakin. Bila bantuan turun, ALLAH pemilik segala alam ini. Bila saya sebut RM1.2 bilion ada yang kata, ‘Beranganlah Coach, ni, asyik nak mintak wang besar aje. Mana boleh dapat?’ Saya tiada apa-apa. ALLAH beri bangunan Brainy Bunch di Cyberjaya dengan nilai RM100 juta lebih. Saya tak ada duit sebanyak itu. Kemudian ALLAH beri Malakat Mall. Nilainya berapa? RM100 juta lebih juga. Saya memang tak mampu. Tapi saya bukan nak buat untuk saya, tapi untuk anak cucu kita, anak cucu tuan puan sekalian.

TIGA STRATEGI PROJEK RM1.2 BILION Saya nak ajak jom kita satukan RM100. Sebenarnya kita ada tiga kempen. Pertama, Strategik Sadaqah, iaitu sedekah di tabung Noriba supaya nanti kita boleh beri pinjaman tanpa riba. Minima RM10 sebulan. Kedua ialah Strategic Spending iaitu berbelanja dalam ekosistem Islam iaitu berbelanja supaya ia akan membantu kita kembali. Yang ketiga ialah Strategic Saving iaitu penyatuan kita bersama di Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia. RM100 aje tuan-tuan. Semoga ALLAH bagi kita kekuatan untuk bertindak penuh kesedaran. Cuba cari 10 orang dan ALLAH akan bantu kita. Saya cukup yakin, dengan RM100 kita cari 10 orang dan seterusnya hingga dapat 1,000,000 ahli. Dengan RM1.2 bilion, kita boleh beli 100 buah mall secara tunai. Tapi kita tak perlu beli tunai sebab hanya mall pertama sahaja yang saya kena bayar. Mall kedua dan ketiga saya boleh dapat percuma.

BAGAIMANA KoPPIM BANTU USAHAWAN Saya beri 30 % syer. Usahawan tak perlu keluarkan duit. Koperasi yang beri duit untuk jalankan bisnes. Itu sahaja. Selain daripada mall, seperti Malakat Grocer yang lebih kecil, saya sarankan usahawan buka dan koperasi akan beri modal. Tuan tuan boleh jadi usahawan atau jadi pekerja. Syaratnya, koperasi kenalah ada duit. Tapi kita tak tunggu RM1.2 bilion. Kita dah mula berjalan. Sebelum adanya koperasi dan dengan modal yang sedikit, kita dah bina nilai perniagaan lebih RM100 juta. Modal koperasi ialah RM15 juta dan modal saya lebihkurang RM20 juta. Saya mengajak semua join. Marilah daftar. Siapa yang belum daftar, dah jadi ahli kita bina projek RM1.2 bilion ini milik bersama. Tuan tuan memiliki Malakat Mall. Saya pun nak beri juga Brainy Bunch yang saya dah bina selama 10 tahun. Kita bina supaya koperasi dapat pulangan yang kemudiannya diberi kepada ahli, insya-ALLAH. Jangan lupa berbelanja dalam Malakat Mall bagi yang dekat. Yang jauh tolong doakan. Jazakallah khair.

Follow saya di facebook.com/coachfadzil


66 views0 comments

Comments


bottom of page