top of page
Writer's pictureCoach Fadzil

Malaysia NEGARAKU – Impian 2030



Saya Coach Fadzil ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia bersama bina semula negara kita! Berikut adalah analisis awal dan beberapa pelan cadangan saya. Saya berharap agar kita tidak lagi menunggu mereka untuk perbetulkan kesilapan demi kesilapan dalam urus tadbir Negara yang kita sayangi ini. Kita berpegang teguh kepada Rukun Negara KITA!

  1. Kepercayaan Kepada Tuhan

  2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

  3. Keluhuran Perlembagaan

  4. Kedaulatan Undang-undang

  5. Kesopanan dan Kesusilaan

Masaalah Utama NEGARA Kita

  1. Sistem pentadbiran Negara kita tidak mengikut perintah ALLAH walaupun rukun negara mewajibkan kita PERCAYA kepada TUHAN!

  2. Kita mengambil sistem pemerintahan daripada penjajah dan kita gagal menggantikan dengan sistem pemerintahan baru yang benar-benar bebas dari penjajahan walaupun mereka sendiri telah mengubah undang-undang mereka.

  3. Sistem Demokrasi yang kita ambil sepatutnya memberi kuasa wakil-wakil rakyat sebagai ‘lawmaker’ tetapi mereka terlalu lama bergaduh untuk berkuasa dan mengambil manfaat peribadi telah melemahkan urustadbir dan pembaikan undang-undang negara.

  4. Ekonomi berasaskan RIBA telah membunuh segala asas ekonomi yang pernah kita miliki.

  5. Sistem pendidikan yang menjadikan kita hamba RIBA dan memastikan 90% kita bekerja selama 30 tahun hanya untuk membayar hutang kepada Bank.

  6. Kita telah secara sistematik diasingkan kehidupan beragama dengan kehidupan harian kita.

SOLUSI UNTUK NEGARA KITA

  1. Bina semula Negara kita

  2. Kita tulis semula perlembagaan kita dan panduan Undang-Undang Negara kita mengikut kepentingan kita sendiri berasaskan ISLAM sebagai agama rasmi.

  3. Hapuskan RIBA dari sistem Ekonomi NEGARA dan menggunakan Wakaf, Sadaqah dan Zakat sebagai salah satu sumber utama eknomi negara.

  4. Ketaatan kepada ALLAH, mengikut Sunnah NABI adalah kewajipan semua orang Islam

  5. Bukan ISLAM diberi kebebasan beragama tetapi wajib memahami dan menghormati amalan kehidupan orang ISLAM.

  6. Pendidikan haruslah membina akhlaq yang mulia dan menekankan kepada pendidikan dan penerapan kepentingan mentaati perintah ALLAH, ikut cara NABI Muhammad SAW dengan kesediaan dibimbing oleh Guru Mursyid disamping membina asas kemahiran kehidupan, asas kemahiran berfikir dan bertindak.

Matlamat 10 tahun pertama – 2030

  1. Semua Umat Islam Taat ALLAH 100% dengan menjadikan kehidupan Sunnah Nabi sebagai panduan kehidupan utama

  2. Orang Bukan Islam bebas untuk beragama dan mengekalkan budaya hidup mereka mengikut kepercayaan masing-masing.

  3. Bukan Islam memahami asas Agama Islam bagi memudahkan mereka menghormati kehidupan masyarakat Islam

Pendapatan minima RM5,000 untuk setiap warga negara yang mana nilai matawang Negara disandarkan kepada nilai aset Negara (Kelapa Sawit dan hasil bumi yang lain).

  1. Cukai Negara Hanya maksima 10% daripada setiap jualan bagi menghapuskan CUKAI BERGANDA yang terdapat dalam sistem sekarang dan manipulasi pelarian pembayaran cukai oleh orang-orang kaya dan ekonomi gelap dan Cukai Pendapatan Kasar 20%.

  2. Pertanian akan menjadi asas ekonomi NEGARA dengan mengharamkan import hasil tani yang mampu dihasilkan didalam NEGARA.

  3. Pekerjaan ASING hanya untuk sektor mahir dengan pengurangan Tenaga Buruh secara berperingkat dan sistematik.

  4. Penghapusan PBT dengan Kerajaan Negeri mengambil alih tugas sepenuhnya sebagai badan pelaksana.

  5. Tawaran Pengampunan Cukai kepada mereka yang tidak membayar cukai sebenar. Declare dan Bayar hanya 10% daripada pendapatan atau aset yang dimiliki.

  6. Pengampunan dan penghentian perniagaan Haram setelah membayar cukai.

  7. NO MORE UnderGround Business! No more KONGSI GELAP! No MORE Loan Shark! No MORE RASUAH!

  8. Hukuman buang negara kepada PERASUAH dan penerima RASUAH selepas tempoh pengampunan tamat.

Dasar Pendidikan NEGARA

  1. Pendidikan PERCUMA untuk semua di semua peringkat

  2. 3M menjadi teras pendidikan negara.

  3. Mendidik, Membimbing dan Membantu menjadi peranan utama Jurulatih/Guru/Murobbi/Tenaga Pengajar

  4. TAAT ALLAH dan ikut cara NABI menjadi panduan utama untuk orang ISLAM

  5. Asas Kemahiran Hidup, multi lingual, critical thinking, grit and compassion dengan menggunakan 5 S development model (Spiritual, Physical, Intelectual, Creative and Emotional)

  6. Kehidupan beragama, berakhlak mulia dan gaya hidup sihat menjadi objektif pendidikan Negara.

DASAR EKONOMI ASAS NEGARA

  1. Sasaran Pendapatan minima RM5,000 sebulan dengan 70% daripada penduduk bekerja

  2. 30 Juta x 70 % = 21 Juta x RM 5,000 = 105 Billion sebulan

  3. Cukai Pendapatan – 20% = 21 Bilion sebulan = 252 Bilion setahun

  4. Cukai Perbelanjaan RM4,000 x 21 Juta x 10% = 100.8 Bilion setahun

  5. Jumlah Pendapatan Minima Rakyat = 352.8 B

Ini tidak termasuk WAKAF, ZAKAT dan SADAQAH

Malaysia Sebagai PUSAT PERDAGANGAN DUNIA

  1. Cukai Rendah untuk setiap perniagaan – Hanya 10% daripada pendapatan BERSIH.

  2. VISA RM50k setahun untuk warga asing yang berniaga

  3. Pendidikan dan Kesihatan PERCUMA untuk warga asing yang berniaga dengan pelaburan minima RM 5 Juta

  4. Pakej SEWA mengikut Jualan Syarikat (5% sahaja)

  5. Hanya perniagaan yang mencapai pendapatan bersih RM1 juta perlu di audit oleh Juru audit luar.

  6. Internet PERCUMA untuk setiap perniagaan oleh penyedia telekomunikasi NEGARA

  7. Move Your HQ to Malaysia in 30 days campaign untuk menarik Syarikat Asing memindahkan operasi HQ mereka ke Malaysia

  8. Persekitaran EKONOMI Bebas RIBA untuk perniagaan akan menarik minat Syarikat Asing yang bertanggungjawab.

  9. Ethical Stock Exchange pertama dunia yang kalis ‘speculators’ akan menjadikan Negara destinasi utama Founders yang beretika.

  10. Pusat Pelaburan Perniagaan Dunia melalui ‘Largest Equity CrowdFunding Platform’ membolehkan industri StartUP memilih Malaysia sebagai pusat operasi mereka.

DASAR KESIHATAN NEGARA

  1. Program pemakanan sihat NEGARA

  2. Program ‘FITNESS NEGARA’ untuk setiap penduduk

  3. Preventive Medical Systems – Ujian kesihatan wajib bagi setiap penduduk

  4. KEM kesihatan wajib kepada mereka dibawah paras kesihatan NEGARA

  5. KOS perubatan akan menjadi rendah apabila rakyat mengamalkan gaya hidup yang sihat.

  6. Polisi tidur 10pm dan bangun 5am bagi memastikan rakyat cukup rehat.

  7. Jogging/Jalan 10am to 11am – Vitamin D PERCUMA!

  8. Reverse Natural Medical Program – membaiki tahap kesihatan dengan menyelesaikan punca masaalah kesihatan.

  9. Kesihatan PERCUMA untuk semua melalui pelan Takaful NEGARA

Dasar Keselamatan NEGARA

  1. Tentera akan mengambil alih keselamatan NEGARA

  2. Pasukan POLIS akan diserapkan menjadi unit dakwah NEGARA

  3. Penghapusan KONGSI GELAP dan EKONOMI BAWAH TANAH

  4. Penutupan rumah-rumah pelacuran dan perjudian

  5. Mereka yang tidak menghormati Agama ISLAM akan dibuang kerakyatan

  6. Setiap rakyat diwajibkan menjadi Tentera Simpanan yang perlu menghadiri kem tahunan selama 7 hari secara PERCUMA

Ini adalah impian saya yang pastinya tidak sempurna dan memerlukan rakan-rakan di luar sana untuk menambah baik dan sama-sama kita berusaha membina semula negara kita bersama!

Kita memerlukan orang Islam dan bukan Islam untuk menyatu dan membina NEGARA kita bersama.

Saya mencintai ANDA demi ALLAH agar ANDA dan saya berjaya di Akhirat dan DUNIA! InshaAllah!

Coach Fadzil

p/s: Sila sambung cadangan dan komen untuk kita bersama memBINA semula NEGARAKU!

12 views0 comments

Recent Posts

See All

Комментарии


bottom of page