top of page
Writer's pictureCoach Fadzil

KENAPA MALAYSIA AKAN TERUS MISKIN ?



Pendapatan Negara kita tidak dapat menampung Perbelanjaan Negara kita!

Oleh kerana itu, kita terpaksa meminjam RIBA demi memastikan Negara mempunyai Dana yang mencukupi.

Mengapakah ini berlaku ? Bagaimanakah kita mampu selesaikan masalah ini ? Apakah tugas ANDA ?

Negara Tersilap Langkah

Kita semua sedia maklum, Negara terpaksa mengimport lebih RM 55 billion makanan dari Negara luar! Negara yang dipanggil ‘Suvarnabumi’ tanah yang subur tidak mampu menyediakan makanan Negara yang mencukupi.

Di saat Negara kita rancak membangun di era 80an kita meninggalkan kekuatan asas dalam Pertanian. Dahulunya kita mempunyai Universiti Pertanian dengan pelbagai agensi yang cukup hebat hasil kajian dalam pertanian. Tetapi oleh kerana melihat pertaniaan sebagai industri yang kurang ‘glamour’ dan ‘kotor’ kita beriya menjemput syarikat-syarikat ‘Kaptain Syers’ untuk kembali menjarah hasil negara.

Kilang-kilang dibina dengan menawarkan tanah percuma, bangunan percuma berserta dengan cukai percuma hanya kerana ingin dilihat sebagai Negara yang membangun pesat.

Adakah ini semua salah ? Tidak! Ianya memang baik kerana hasil dari Penjajah teknik moden ini kita berjaya belajar dari mereka. Ramai professional dilahirkan dan Usahawan tempatan yang berjaya dihasilkan. Bagaimanapun fokus pembangunan asas Usahawan tidak dilakukan dengan baik.

Saya pasti Tun Mahathir yang merupakan peneraju Negara di saat itu telah melakukan yang terbaik . Lebih 1 trillion dana dibelanjakan untuk menyediakan usahawan Bumiputera agar berjaya belajar dan mengambil kesempatan untuk menjadi kuat dan mempunyai daya membantu Negara.

Ya, segelintir menjadi kuasa elit dan berjaya dihasilkan. Mengikut Dr Muhammad Khalid terdapat dalam 1% orang Melayu yang memiliki nilai aset bersih lebih RM 100 juta yang mana kebanyakkannya sebenar kaya kerana bantuan projek kerajaan.

Bangsa lain juga sama menjarah hasil pembangunan Negara dan menjadi Billionaire yang hanya memberi manfaat kepada diri dan keluarga mereka sahaja.

Sang kaya dari pelbagai Bangsa ini tidak berniat pun ingin membantu Negara. Ramai dari mereka mencari pelbagai cara untuk tidak membayar cukai kepada Negara.

Walaupun mereka sangat kaya, mereka masih lagi berterusan menjarah hasil Negara dengan kontrak-kontrak kerajaan yang masih kekal dengan mereka.

Namun hakikat sebenar syarikat-syarikat SME lah yang berjuang membantu Negara. Ini terbukti apabila SME lah yang menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih 65% kepada rakyat Malaysia.

Tetapi SME ini lah yang sering ditekan, dihina dan dipijak oleh setiap lapisan masyarakat.

Seluruh agensi kerajaan digunakan untuk menekan dan menyusahkan syarikat-syarikat SME yang sebenarnya berada di hujung tanduk kesan daripada PKP yang seolah-olah dirancang oleh kerajaan khas untuk membunuh sisa-sisa kekuatan SME.

Wahai rakyat Malaysia, sedarlah! Bukalah Mata ANDA! Jangan kita berharap kepada Kerajaan yang kini langsung tidak prihatin! Jangan kita berharap kepada Billionaire yang terus menjarah hasil Negara! Jangan kita berharap kepada rakan-rakan ‘Kaptain Syers’ yang terus menjarah hasil utama Negara!

Dari RM 110 Billion belian runcit Negara, 60 % dimiliki syer pasarannya oleh Syarikat Asing (talibarut Kaptain Syers) dan hanya 8% dimiliki oleh Bangsa Bumiputera.

Tidak kira apa pun Bangsa atau Agama ANDA, Anda tetap bertanggungjawab dan mempunyai kekuatan untuk mengubah situasi ini.

Ayuh kita mulakan langkah memerdekakan diri dan negara kita dari tangan Kaptain Syers dan golongan penjarah wang ringgit kita!

Langkah mudah yang ANDA boleh lakukan!

Pindah Belanja Runcit ANDA dari Kedai Kaptain Syers! Kepada Malakat Mall dan Kedai-Kedai milik tempatan! Pindah belanja kepada Pekedai Bumiputera kerana mereka memerlukan sokongan ANDA!

Beli sama kita, Jual sama kita untuk Bantu sama kita!

Langkah 3 S kita mulakan Bersama!

Satukan Sadaqah kita! Minima RM 10 sebulan Satukan Spending kita! Minima Belanja Runcit bulanan Satukan Savings kita! (melabur secara kecil-kecilan kepada Start-UP kita)

InshaAllah kita bina Ekosistem Ekonomi yang menjadikan Pengguna Pemilik Ekonomi.

Ayuh Pengguna bersama kami di Malakat! Ayuh Usahawan bersama kami di Malakat!

Jika Bukan Hari ini, Bila Lagi ? Jika Bukan Kita, Siapa Lagi ?

Selamat Berjuang Demi Kemerdekaan Sebenar!

Yang menyintai ANDA semua! Coach Fadzil Pengasas Malakat Mall dan Brainy Bunch #CoachFadzil #MalakatMall #MalakatMallCyberjaya #PenggunaPemilikEkonomi

28 views0 comments

Comments


bottom of page