JIHAD EKONOMI:
Statistik 2019 menunjukkan, daripada RM112 bilion perbelanjaan di sektor ekonomi, 60 % dimiliki oleh pihak asing. 32 % pula oleh pihak bukan bumiputera tempatan, tetapi hanya 8 % dimiliki oleh bangsa Melayu dan juga bumiputera. Pengusaha di bidang peruncitan ini mengandungi gedung-gedung besar yang mengambil barangan dari pengeluar dan menjualnya kepada pengguna dlam kuantiti yang kecil. Bayangkanlah nama-nama pasaraya besar di negara kita. Macam mana pihak asing dibiarkan membolot pemilikan hingga 60 %? Kalaulah mereka melabur di negara kita untuk membuat empangan, lapangan terbang, buat roket atau kereta terbang, memang patutlah mereka melabur. Ini tidak. Mereka masuk dan jual keperluan seperti beras, gula, garam, ikan, sayur-sayuran dan produk pengguna. Takkanlah orang Malaysia tak pandai jual beras sendiri, sampai benarkan pihak asing jual beras pada orang kita. Sebab itulah, jihad kita ialah untuk masuk berniaga dan bersaing dengan golongan ini. Oleh kerana kita kecil, kita kena bersatu. Kemudian, kita banyakkan membeli di kedai-kedai orang kita. Strategi ini memang berkesan.
Ingat tak kes minyak masak tak lama dulu? Lihatlah bagaimana penyatuan kita dalam memilih barangan kita membuatkan barangan keluaran pihak lain menurunkan harga. Teruskan jihad ekonomi ini tuan puan. Jihad bukan sekejap. Ia ambil masa. Teruskan hingga berjaya.
Comments