Kejayaan yang kita cari dalam kehidupan ini hanyalah mampu dicapai dengan mengikuti cara kekasih Allah dan yang sangat kita cintai Baginda Nabi Muhammad SAW! Insan yang dicintai oleh seluruh makhluk di seluruh alam!
Menyambut tahun baru Hijrah bukanlah seperti menyambut tahun baru biasa kerana peristiwa 1422 tahun yang lalu sebenarnya menjadi peringatan, pengajaran dan pelajaran kepada kita sebagai orang yang beriman sepenuhnya kepada Allah dan Rasulullah SAW.
Kaum Muhajirin meninggalkan Makkah atas perintah Allah meninggalkan segalanya dan menempuhi perjalanan yang mencabar. Kaum Ansor pula sebagai tuan rumah mengorbankan apa sahaja yang mereka miliki atas dasar Cinta yang sejati. Cinta sesama Saudara yang berputik dari akidah yang kukuh dan Cinta Allah dan Cinta Nabi Muhammad SAW yang sempurna.
Disinilah bermulanya pembinaan Tamadun Islam yang gemilang hingga ke hari ini. Jom kita lihat beberapa fakta penting selepas peristiwa Hijrah!
Nabi tinggal bersama Sahabat yang dicintai. Solat bersama, majlis ilmu bersama, Nabi sebagai pemimpin yang mendidik, membimbing dan membantu jamaah secara harian dan berterusan.
Nabi bina Masjid sebagai pusat aktiviti harian masyarakat dan majlis ilmu harian selain daripada tempat ibadah utama.
Dakwah menjadi teras kerja utama menyampaikan kalimah Tauhid kepada mereka yang belum beriman.
Akhlaq mulia memuliakan Saudara demi Allah dan Rasul.
Nabi perintah Pasar Islam diwujudkan bagi menempatkan pasar yang menjamin keadilan dan melaksanakan syariat yang sebenar.
Pasar ini wujud melalui infaq yang dikumpulkan oleh para sahabat.
6 bulan setelah pasar ini wujud, pasar kaum yahudi yang sebelumnya menekan orang Islam terpaksa ditutup kerana tidak lagi mendapat sokongan.
Kekuatan Ummat Islam dibina sehingga berjaya menubuhkan satu kerajaan yang sangat hebat!
Amal agama sempurna dicapai dalam masa yang singkat
Hari ini dapatkah kita mengamalkan Agama yang sempurna ?
Hari ini dapatkah kita melindungi diri kita dan keluarga kita dari api neraka?
Hari ini dapatkah kita melindungi diri kita dari DOSA RIBA yang Allah dan Rasulnya mengisytiharkan perang kepada pengamalnya?
Hari ini mudahkan kita menjaga Solat Jamaah kita ?
Hari ini mudahkan kita menCintai Saudara kita seperi Ansor & Muhajirin ?
Hari ini sanggupkah kita berkorban untuk Agama dan Saudara SeAkidah kita ?
Yang pasti kita semua akan MATI!
Semua yang kita usahakan di dunia akan kita tinggalkan!
Apakah cukup bekalan yang ingin kita bawa ke perjalanan alam akhirat ?
Ingat Cara NABI dalam menuju Jalan Singkat! Jalan Lurus yang mendapat Redha Allah!
1. Hijrah dan tinggal bersama bagi membina Jamaah yang saling cinta mencintai kerana Allah dan Rasul!
2. Jamaah yang mempunyai pemimpin yang boleh dan sedia membimbing dengan panduan guru mursyid yang benar-benar ikhlas kerana Allah.
3. Majlis ilmu pemantapan Akidah yang berterusan dan dakwah yang berterusan melahirkan Akhlaq mulia yang sempurna.
4. Pasar Islam sebagai pusat muamalat Ummah yang menyatukan kuasa beli dan membantu pembinaan ekosistem ekonomi Islam yang sempurna.
5. Yang kaya membantu, yang miskin dibantu dengan penuh Cinta dan Kasih sayang.
6. Fikir risau Ummat telah mempercepatkan penyebaran kalimah tauhid hingga ke seluruh pelusuk dunia!
7. Kesatuan dalam Fikr! Kesatuan dalam Hati! Dan Kesatuan dalam Tindakan strategik menjadikan Ummat Islam Hebat, Kuat dan mendapat Berkat!
8. Nabi bermula dengan yang sikit. Sikit jer yang faham, sikit jer yang ikut, sikit jer yang sanggup sebelum kejayaan sebenar datang!
Ayuh kita bersama mengikut jalan Hijrah Nabi!
Ayuh kita bersusaha menyatukan tindakan!
Ayuh kita satukan sedikit yang kita ada!
Demi mencapai Redha Allah!
Dengan Redha Allah, hidup kita pasti sempurna di Dunia dan Akhirat!
Yang MenCintai ANDA!
Coach Fadzil
Pengasas Kumpulan Malakat & Brainy Bunch
Ps: Ayuh Bersama Kami di Malakat. Click
https://www.facebook.com/groups/malakat/
Σχόλια