Malakat Mall: Pusat Perkembangan Ekonomi Komuniti

Idea Malakat Mall tercetus di program Ayuh Bangkit Siri ke 3. Iaitu sebelum kempen ‘Buy Muslim First’ (BMF) bermula. Saya mengkaji kenapa usahawan Melayu dan Bumiputera tidak mampu meningkatkan syer ekonomi negara.

Satu fakta yang jelas industri runcit di Malaysia kini bernilai RM110 bilion. Walaubagaimanapun, syarikat asing yang menerima manfaat ekonomi langsung di sektor runcit terbesar.

Mereka mendapat lebih 60% dari saiz pasaran. 32% selebihnya dikuasai oleh bukan bumiputera. Hanya peratus yang amat sedikit iaitu 8% dimiliki oleh kaum bumiputera.

Walaupun kita sedia maklum lebih 60% pengguna adalah dari kaum bumiputera. Satu soalan yang penting untuk kita fikirkan. Mengapakah setelah 62 tahun negara kita merdeka, kaum bumiputera masih lagi ketinggalan jauh?
Malah tidak berupaya mencapai tahap yang boleh menjadi teras kekuatan ummah?

Melalui kajian kami,ada beberapa sebab mengapa kaum Bumiputera gagal dalam bab ini.Antaranya :

1. Majoriti peniaga Bumiputera di masa lalu terlalu bergantung kepada projek kerajaan.
2. Kebanyakan peniaga runcit hanya mampu berniaga di 4 tempat ini. Pasar-pasar malam, pasar tani, dan kedai-kedai kecil. Terkini secara ‘Online.’
3. Sewa yang sangat tinggi di ‘Shopping Mall’.
Kesannya mereka tidak mampu bersaing di tempat yang mempunyai nilai transaksi yang tinggi.
4. Ada juga yang mampu tetapi tidak diberikan tempat yang strategik di ‘shopping mall’
5. Kebanyakan Bumiputera tidak mempunyai kekuatan kewangan untuk bersaing.

Syer pasaran hanya dapat ditingkatkan apabila kita menjalankan operasi di dalam ‘Shopping Mall. Mereka yang menguasai pasaran runcit akan menguasai ekonomi.

Sebab apa?

Peruncit mempunyai kuasa menentukan apa yang pengguna beli. Dengan penguasaan pelanggan, mereka juga akan mampu mengawal rantaian pembekalan barang-barang tersebut.

Dalam ekonomi, setiap ringgit yang dibelanjakan mempunyai gandaan nilai lebih 3 kali ganda. Ada 2 kelebihan apabila kita memiliki kekuatan akses pasaran. Pertama adalah peluang untuk mencipta lebih banyak peluang perniagaan. Kedua adalah peluang pekerjaan lebih luas.

Untuk pemahaman mudah, kita ambil contoh pembekalan ayam organik:

Rantaian ekosistem:

Penternak – Pengilang – Pengedar – Peruncit – Pengguna

Andaian:

1 Malakat Mall menampung 15,000 keluarga

1 keluarga memerlukan 10 Ekor ayam sebulan.
15,000 keluarga perlukan 150,000 ekor ayam sebulan atau 1,800,000 ayam setahun

Analisis harga, kos dan untung untuk seekor ayam:

Harga Jual Kos Untung Kasar % Untung Kasar

Analisis harga, kos dan untung untuk satu 1.8 Juta ayam:

Bayangkan ini hanya mengambil kira penggunaan ayam bagi 15,000 keluarga sahaja. Jika untuk 1,000,000 keluarga?

Pada permulaannya saya ingin menunggu pembinaan Raudhah City. Sebab dah ada perancangan untuk menempatkan Malakat Mall di dalam itu.

Namun ini berubah selepas saya lancarkan program Ayuh Bangkit 6 bulan yang lalu (www.AyuhBangkit.com). Sejak itu,saya memberikan bimbingan percuma kepada pelbagai jenis usahawan. Hasil dari pertemuan dengan pelbagai usahawan,saya dapat satu ilham. Iaitu betapa perlunya kita mempunyai mall dalam masa yang singkat.

Saya faham kos untuk membina mall sangatlah tinggi dan mengambil masa yang lama. Jadi saya telah mengarahkan pasukan saya untuk mendapatkan dead mall atau ‘mall yang mati’. Ini membolehkan kita mendapat tawaran sewa yang jauh rendah untuk 3 tahun pertama. Alhamdulillah! Kami kini di peringkat akhir rundingan.

Pada mulanya ramai yang agak skeptik dengan idea Malakat Mall ini. Terutamanya apabila saya mensasarkan nilai jualan RM30 bilion. Ini berubah apabila saya menerangkan strategi dan perancangannya. Ramai yang mula nampak dan yakin ianya mampu dicapai.

Objektif utama Malakat Mall bukanlah hanya untuk mewujudkan Pusat Beli Belah barangan Bumiputera. Tetapi bagi membina ekosistem ekonomi yang membolehkan komuniti yang berbelanja mendapat manfaat langsung. Juga menyumbang secara langsung pula kepada ‘Ummah Victory Fund’. Fund ini akan digunakan untuk menyelesaikan masalah ummah. Seperti kemiskinan, pendidikan, kesihatan, food security, perumahan untuk fakir miskin dan juga memerangi RIBA!

Ini semua mampu diselesaikan dengan hanya menyatukan kuasa pembelian kita.

Malakat Mall mempunyai model perniagaan yang unik seperti berikut:

1. Tiada SEWA dikenakan kepada penyewa.
2. Semua usahawan adalah rakan kongsi melalui revenue sharing. Berbeza dengan amalan biasa di Mall-Mall sedia ada, mereka harus membayar sewa + revenue sharing
3. Semua usahawan akan dipimpin hingga berjaya. Ini adalah melalui bimbingan, latihan dan dibantu sebagai rakan usahasama.
4. MM akan dijadikan pusat perkembangan komuniti. Di mana latihan komuniti akan diberikan secara berterusan yang melibatkan seluruh komuniti.
5. MM juga berperanan sebagai pusat pendidikan perniagaan. Pelajar, dropship, agen, pengguna akan mendapatkan akses segala jenis latihan perniagaan yang diperlukan.
6. MM akan juga memainkan peranan sebagai pusat transformasi perniagaan. Peniaga-peniaga lain akan mampu menyatukan pembelian barangan umum untuk mengurangkan kos operasi mereka.
7. Setiap usahawan haruslah memiliki produk yang sesuai dan unik. Imej haruslah setanding dengan jenama luar negara. Bimbingan akan diberikan kepada mereka agar mencapai penanda aras ini.
8. Harga yang ditawarkan di MM akan setanding dengan mana-mana mall lain.
9. Semua kedai di MM tidak akan menerima tunai. Sebab semua transaksi akan menggunakan aplikasi komuniti.
10. 7 minute Solat Break & Solat Anywhere akan dilaksanakan setiap masuk waktu solat.
11. Semua ruang yang bersih akan dibekalkan dengan bangku yang mempunyai sejadah. Supaya semua dapat menunaikan solat di awal waktu. Samada di dalam restoran mahupun di lobi. (Ini juga akan menjadi tarikan pelancong untuk memahami kehidupan Islam moden),
12. Ada pelbagai lagi maklumat yang belum boleh dikongsikan di sini. Nanti tiada kejutan pulak! 🙂

Kami merancang untuk membina ekosistem ekonomi bagi 1,000,000 keluarga. Ini akan mewujudkan:

1. 5,000 peluang perniagaan
2. 100,000 peluang pekerjaan
3. Pendapatan minima RM 10,000 satu bulan

Ini hanya akan dapat dicapai sekiranya 1,000,000 keluarga menyertai dan menyokong usaha-usaha kami.

Kami akan melancarkan pelan strategik kami. Seluruh pengguna akan menjadi sebagai rakan kongsi dalam pemilikan keseluruhan ekosistem baru ini. Ini adalah melalui kerjasama dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia. Juga pelbagai NGO yang lain.

Inilah masanya yang sekian lama kita tunggu.
Untuk wujudnya satu sistem ekonomi komuniti yang baharu.
Kita satukan kekuatan kita sebagai pengguna.
Kesannya kita akan mampu membina masa depan yang lebih baik untuk semua.

Saya secara rasmi ingin memohon ANDA untuk mendaftarkan diri. Iaitu sebagai Ahli Komuniti Malakat Mall dengan mengisi borang di sini.

Pendaftaran ANDA penting untuk kami memastikan perancangan rapi dilakukan bagi memenuhi kehendak ANDA.
Iaitu untuk membina ekosistem ekonomi Islam yang padu, inklusif dan berimpak tinggi.

Semoga Allah memberikan KITA kekuatan untuk bersatu hati. Demi sebuah perjuangan penting dalam sejarah moden dunia.

Ayuh Bangkit dan marilah bersama Malakat Mall dengan MENDAFTAR Sekarang!

Yang mencintai ANDA!
Coach Fadzil
Pejuang Ekonomi Islam
FB : Fadzil Hashim / CoachFadzil
#BMF #MalakatMall #CommunitizingEconomy

Daftar sekarang sebagai Ahli Komuniti Malakat Mall
http://bit.ly/AhliKomunitiMalakatMall

One Comment

  • Marini Sidek says:

    Good effort
    ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخير

    Ya Allah Kau permudahkan jangan Kau persulitkankan, Ya Allah jadikan semua urusan pengakhiran yg baik, aamiinn🤲🏻

Leave a Reply