DI MANA ORANG-ORANG YANG BERIMAN?

Intisari live FB Coach Fadzil pada 26.3.2020

SAYA dan team di Brainy Bunch, Malakat Mall dan Raudhah Grocer telah menerima lebih 9,000 permohonan mereka yang telah terputus makanan. Secara harian saya menerima mesej Whatsapp dari kumpulan PPR dan kampung yang sudah terputus bekalan makanan.

2. Kalau tuan puan telah menyumbang dengan cara masing-masing, itulah yang terbaik. Kepada tuan puan yang masih lagi belum menyumbang, silalah berbuat demikian.

3. Sudah tujuh hari kami melancarkan tabung untuk B40 dalam Program Zero Hunger. Kalau mengikut angka, mereka yang telah share dan baca mengenai program ini, jumlahnya sudah banyak. Jumlah follower pun melebihi 18,000 netizen. Kalau seorang sedekahkan RM10, kita akan dapat RM180,000.

4. Kalau berkunjung ke Raudhah Grocer, memang hari-hari terdapat banyak aktiviti menyediakan bekalan makanan kepada mereka yang memohon. Kami mendapat banyak sekali permintaan kerana kami buat lebih awal daripada pihak lain.

5. Kami ingin sumbangan yang lebih banyak dari tuan puan. Macam mana kita kata kita beriman sedangkan sukar menyumbang walaupun RM10? Sememangnya kita perlu utamakan keluarga. Tetapi infaklah sedikit sebagai tanda kasih kita kepada saudara-saudara kita.

6. Kepada yang telah bersedekah, terima kasih sya ucapkan. Tetapi kepada yang masih belum menyumbang termasuk syarikat-syarikat yang telah bertanya, sekaranglah masanya.
Untuk mereka yang ingin membayar fidyah, tidak perlu tunggu sehingga Ramadan. Beri kami jumlahnya dan kami akan belikan beras dan kami akan hantar kepada kumpulan B40.

7. Beritahulah kepada kawan-kawan agar kita bantu saudara-saudara kita. Saya tak pernah merayu sebegini tetapi ini sahaja cara yang boleh saya lakukan. Jangan kita biarkan mereka sampai ke peringkat yang sukar.

8. Pihak kerajaan memang dah susun seperti menyeru Pusat-pusat Zakat menunaikan tanggungjawab mereka. Tetapi sementara menunggu mereka uruskan semua, kitalah yang harus dahulukan. Dalam pelbagai bencana sebelum ini seperti banjir, komuniti setempat dan sukarelawan yang memainkan peranan terlebih dahulu kerana pihak kerajaan mengambil sedikit masa untuk menguruskannya.

9. Kalau kita serahkan kepada pihak kerajaan dengan mengatakan kerajaan memang ada banyak duit seperti 400 bilion wang reserve, pemikiran itu tidak kena. ALLAH menilai apa yang kita lakukan.

10. Kita dah ada 200 sukarelawan di seluruh negara. Mereka dah ada maklumat mengenai mereka yang sudah terputus bekalan makanan.

11. Orang miskin tidak ada simpanan stok makanan sehingga sebulan. Mereka membeli makanan bila ada duit, mungkin 2-3 hari sekali.

12. Kita yang pernah susah tentu tahu akan keadaan ini. Kalau kita menginfakkan kerana ALLAH, tak akan kita rugi. Sebaliknya kita akan dibalas ALLAH swt dengan sebanyak-banyaknya. Mudah-mudahan ALLAH swt lindungi kita dan keluarga kita daripada wabak ini.

13. Saya menyeru kepada mereka yang belum bersedekah lagi. Tolonglah bersedekah di sadaqahmarket.com. Terus stay home. Biarkan kami melaksanakan kerja ini sebagai barisan depan untuk membekalkan makanan.

14. Tidak perlu ambil risiko membuat pasukan sendiri yang mungkin tidak tersusun. Memadai sekadar menjaga mereka di kawasan sekeliling. Tetapi jika anda senang, tentu jiran-jiran anda pun senang, kerana orang yang senang biasanya tinggal di kawasan mereka yang senang juga.

15. Tetapi mereka yang susah, mungkin tinggal jauh dari rumah kita. Kerana itu kita tidak merasa akan kesusahan mereka. Namun, bukankah mereka itu saudara kita juga yang perlu kita jaga?

16. Sekiranya kita mengatakan kita orang yang beriman, buktikanlah dengan tindakan. Nabi bersabda: ‘Tidak sempurna iman kita jika kita tidak mencintai saudara kita seperti kita mencintai diri kita sendiri.’ (Riwayat Bukhari dan Muslim)

17. Inilah masa untuk kita buktikan. Mari kita berdoa agar ALLAH swt berikan kekuatan hati kepada saudara-saudara kita yang beriman untuk menginfak ke jalan ALLAH swt untuk mereka yang kelaparan.

18. Saya mendapat beratus-ratus mesej. Tapi semalam saya mendapat sebuah mesej dari team yang mengatakan jumlah pemohon sudah beribu-ribu jumlahnya. Ada bayi yang 3-4 hari sudah tiada susu.

19. Tapi kalau tuan puan boleh bantu samada RM100, RM500 mahupun RM1,000 bantulah jika ada lebih.

20. Siapa lagi yang hendak membantu kalau bukan kita juga. Dalam keadaan kritikal ini ALLAH swt menguji tindakan kita. ALLAH swt akan nilai kita. Mudah-mudahan kita dapat keluar dari serangan wabak ini sebagai orang beriman ataupun sebagai orang bukan beriman.

21. Saya tidak hendak memperkatakan sampai begini. Tetapi kita kena lakukan sebab jumlah mereka yang bersedekah ini tidak cukup banyak dalam waktu kritikal sebegini. Tolonglah tuan puan.

22. Kerajaan sudah lakukan kebaikan dengan menyarankan moratarium kepada bank-bank. Kalau boleh kita infak sebahagian daripada jumlah yang tidak perlu kita bayar kepada bank sekarang untuk bersedekah.

23. Orang yang menginfakkan hartanya akan dapat balasan dari ALLAH pemilik sekalian alam. ALLAH yang mengizinkan wabak ini terjadi. ALLAH jugalah yang boleh hapuskan wabak ini.
Kalau kita sama-sama berdoa dan bersedekah, ALLAH akan melindungi kita, insya-ALLAH. Kalau kita sakit dan kita bersedekah, insya-ALLAH penyakit kita akan dihapuskan.

24. Kami tak ambil apa-apa persen. Kami ambil barang dan kami hantar kepada golongan sasar. Itu sahaja. Yang sukarela pun bekerja sukarela, tanpa gaji. Mereka yang menguruskan Yayasan Brainy Bunch pun tiada bergaji. Mereka terdiri daripada ibubapa murid-murid yang membantu menyemak data permohonan yang diterima.

25. Kami di team Malakat Mall dan Raudhah Grocer akan terus berusaha melaksanakan program Zero Hunger ini. Harap tuan puan dapat sebarluaskan program membantu golongan B40 yang dah putus bekalan makanan dan tiada wang.

Marilah bersedekah di sadaqahmarket.com

#MalakatMall
#GengMalakat
#PenggunaPemilikEkonomi
#SadaqahMarket

Leave a Reply