SELAIN daripada kebimbangan kita berdepan dengan pandemik Covid-19, ia sebenarnya adalah suatu wake-up call atau seruan untuk bangkit bagi kita kaum Muslimin. Dua personaliti berbincang daripada sudut agama dan ekonomi.

Berikut adalah bahagian akhir diskusi FB Live di Malakat Mall pada 26.3.2020 mengenai tajuk di atas. Diskusi dihadiri Coach Fadzil Hashim, Pengasas Malakat Mall dan Brother Firdaus Wong, dari Multiracial Reverted Muslim. Moderatornya ialah Dr. Taha Omar.

DR TAHA OMAR:
Apakah pesanan akhir untuk kita yang sedang menghadapi Covid-19 ini?

BRO FIRDAUS WONG:

BERJEMAAHLAH DENGAN KELUARGA
Sebagai muslim kita kena ingat firman ALLAH swt, surah al-Insyirah ayat 5-6, “Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran itu akan disertai kemudahan, bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran itu akan disertai kemudahan.”

Islam mengajar kita dalam bentuk yang positif. Ambil ini sebagai satu wake-up call bahawa ALLAH swt mahu kita bersolat jemaah dengan isteri dan anak-anak kita untuk kita banyak masa. Bagi yang bekerja di rumah, teruskan bekerja di rumah.

JANGAN CURI TULANG MESKIPUN DI RUMAH
Jangan ambil masa itu untuk buat kerja lain. Jika hendak buat kerja lain, ambil masa yang lain kerana anda masih dibayar. Untuk para majikan ini tentu tempoh yang amat sukar kerana pekerja tidak datang ke pejabat.

Majikan pula haruslah berniat memberi gaji ini juga sebagai sedekah juga agar ALLAH swt akan memberi ganjaran.

MELABUR UNTUK EKONOMI UMAH
Jika kita melabur dengan niat mahu membantu ekonomi umah di mana sebahagian keuntungan akan diperuntukkan untuk zakat dan zakat itu untuk umah kembali.

Biar kita memulakan sesuatu dan akan perbaiki dari semasa ke semasa. Semua gedung-gedung lain bukannya hebat secara tiba-tiba. Sebaliknya mereka juga bermula hingga menjadi seperti hari ini. Yang penting mereka telah memulakan.

Jadi ayuhlah kita bantu perkasakan ekonomi umat Islam. Ekonomi juga digunakan untuk membiayai dakwah seperti pendakwah Kristian yang ada perniagaan yang lain untuk membiayai misi mereka. Sampai bila NGO mahu minta wang dari orang ramai.

Sudah sampai masanya kita sama-sama saling membantu, insya-ALLAH untuk mewujudkan 1,000 Raudhah Grocer. Sebagai Muslim, mari kita sama-sama bantu, insya-ALLAH.

BANTU SESAMA ISLAM BUKAN RASIS
Bagi yang bukan Islam, jangan lihat ia sebagai rasis sebaliknya ia sebagai keperluan yang dituntut dalam Islam itu sendiri menurut surah at-Tahrim , “wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.”

Begitu jugalah, seandainya anda mahu membina sebuah kedai, tentulah anda akan memilih anggota keluarga kamu juga. Jadi tiada salahnya seandainya orang Islam memilih orang Islam yang lain yang dianggap sebagai saudara.

COACH FADZIL HASHIM:

BUATLAH TIGA PERKARA INI
Tiga perkara yang saya sarankan. Pertama, sedekahlah sekarang di sadaqahmarket.com kerana kita perlukan dana yang sangat banyak iaitu RM5 juta untuk operasi di seluruh Semenanjung yang kita fokuskan kepada B40.

Kedua, ambil peluang untuk melihat Covid-19 ini sebagai wake-up call di mana kita tidak boleh hanya menjadi pengguna sahaja. Kita kena perbaiki kedudukan kita paling kurang di peringkat peruncitan.

Apabila kita telah pegang pasaran, baharulah kita boleh bergerak ke rantaian pembekal. Sebagai pengguna, kita kena membeli di tempat yang strategik iaitu berbelanja di tempat yang boleh memberi impak kembali kepada ekonomi kita. Di sini ada Raudhah Grocer.

Mungkin di tempat anda jika ada pasaraya yang selalu bersedekah dan melakukan amal, kita kena sokong dia. Mereka bukan setakat berzakat, mereka juga mewakaf dan juga bersedekah. Sebab itu pentingnya kita sokong syarikat yang membayar zakat. Kita perlu membina mereka yang membayar zakat.

Ketiga, kiat ambil peluang untuk menjadi tuanpunya atau pemilik Raudhah Grocer ini. Pada tahun ini dan berikutnya, Raudhah Grocer akan berkembang dan berkembang. Ingatlah kata-kata saya ini.

PELUANG BESAR SEBAGAI AHLI KoPPIM
Perjuangan ini adalah perjuangan di mana sesiapa sahaja boleh ambil bahagian. Kalau anda B40 dan tak payah bayar ansuran kereta sebulan, gunakan duit itu untuk menjadi ahli KoPPIM.

Biarpun nilainya RM500 itu kecil, tetapi nilai berganda dan menjadi besar. Contohnya, bayangkan saham yang dibeli ketika Apple dilancarkan. Bayangkan jika anda membeli saham ketika Amazon dilancarkan. Bayangkan anda membeli syer ketika Google bermula.

Gerakan koperasi lebih baik dari IPO kerana memberi peluang kepada semua orang. Koperasi juga tidak terkesan dengan turun naik harga pasaran, sebab ia adalah perniagaan yang benar. Bisnes KoPPIM adalah perniagaan yang strategik kerana melibatkan barang makanan.

Dalam konteks Malaysia, potensi perkembangan bisnes KoPPIM adalah besar. Apabila perniagaan ini berkembang, anda akan mendapat manfaat dari dividen yang diperolehi.

Saya mendoakan kepada semua agar mempunyai kekuatan dan kejernihan hati untuk bersedekah dan bertindak. Jadilah ahli KoPPIM dan berbelanjalah di syarikat-syarikat yang strategik khususnya dalam tempoh PKP ini.

KAYA BUKAN NAK JADI QARUN
Kita berdoa dan minta kejayaan di dunia dan akhirat. Kita hendak mengumpul kekayaan bukan kerana hendak menjadi seperti Qarun. Sebaliknya kita hendak kaya supaya kekayaan ini membolehkan kita memperoleh kejayaan di akhirat sepertimana Abdul Rahman bin Auf.

Inilah fokus yang kita hendak lahirkan. Untuk anak-anak kita, kita memberi pendidikan dan juga menyediakan biah atau suasana sekeliling yang benar-benar Islam. Sebagai orang bisnes, inilah yang saya lakukan.

HEBATNYA JASA NGO FIRDAUS
Bidang dakwah MRM sudah melaksanakannya. Kita sendiri kurang sangat berdakwah kepada orang bukan Islam. Kalau tiada MRM ini, entah apa yang kita boleh jawab pada ALLAH swt. Ramai kawan-kawan China kita yang tidak tahu tentang Islam sebab kawan-kawan Islam tidak cerita mengenai Islam.

Masalah kita ialah kita melepaskan tanggungjawab itu kepada pendakwah semata-mata.

HIDUP TAK SAMA KERANA COVID-19
Marilah kita bermuhasabah. Semoga dibukakan hati untuk kita dapat kejernihan dan kefahaman mengenai Islam. Apa yang kita buat akan ditimbang dan ditanya oleh ALLAH swt.

Fokus kita adalah untuk ekonomi lokal iitu yang berkeperluan asas. Cara hidup kita selepas PKP ini akan berubah. Ambil ruang dan peluang yang ada. Semoga ALLAH memberi kita samada yang Islam dan bukan Islam, malah kita dilindungi dari Covid-19. Semoga kita keluar dari bencana ini dengan kekuatan baharu.

“Seorang Mukmin terhadap mukmin yang lain adalah seperti satu bangunan yang mana bahagian yang satu menguatkan bahagian yang lain.” (HR al-Bukhari)

“Bersatu teguh, bercerai roboh.”

Leave a Reply