Bantuan Bekalan Makanan untuk Keluarga B40 yang kelaparan akibat daripada sekatan pergerakkan yang menjejaskan pendapatan mereka.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera warga Malaysia yang dikasihi.

Semoga kita dalam keadaan sihat dan dilindungi Allah SWT ketika kita berhadapan dengan wabak Covid19, Insyaallah.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin pada 16 Mac 2020, Kerajaan telah memutuskan untuk menguatkuasakan arahan kawalan pergerakan bermula 18 Mac hingga 31 Mac 2020 untuk menghentikan penyebaran Covid 19.

Berikutan enam (6) arahan telah diumumkan, warga Malaysia yang berada dalam golongan B40 bakal menghadapi kesukaran kerana kebanyakkan mereka adalah pekerja bergaji harian, peniaga kecilan dan peniaga pasar malam.

Oleh yang demikian, kita boleh menganggap mereka akan terputus sumber pendapatan dan tidak mempunyai wang untuk membeli makanan untuk keluarga mereka.

Kami ingin merayu kepada semua rakyat Malaysia untuk membantu menyumbang bantuan kepada mereka.

Zero Hunger, merupakan satu unit utama di Yayasan Brainy Bunch yang membawa misi menyediakan makanan kepada keluarga yang memerlukan dan tidak berkemampuan.

Sehubungan itu, kami akan menyediakan 5,000 bakul berisi makanan keperluan asas bernilai RM100 setiap satu untuk diagihkan kepada keluarga golongan B40 yang layak bagi membantu meringankan beban mereka.

Kami juga akan memberi Nasi Bungkus siap masak untuk mereka yang tidak mempunyai makanan langsung.

Kami sedang mengumpulkan data untuk tujuan tersebut, insyaallah.

Kaedah agihan ialah dengan mengenal pasti beberapa lokasi strategik untuk golongan sasaran bagi memudahkan mereka akses kepada bantuan tersebut.

Kawasan utama seperti berikut:

Postcode

Cyberjaya – 47100, 47130, 62000, 62200, 62250, 63000

Putrajaya – 43000, 62000, 62100, 62200, 43800, 62050, 62150, 62250

Kajang – 43000, 43200, 43400, 43600, 43700, 62050, 43009, 43300, 43500, 43650, 43800

Bangi – 43000, 43600, 43650

Puchong – 41700, 46150, 47110, 47130, 47150, 47170, 47190, 58200, 43300, 47100, 47120, 47140, 47160, 47180, 47510

PPR Kota Damansara

Mari bersama kami membantu meringankan beban mereka dengan menyumbangkan dana untuk projek ini.

Klik link dibawah untuk menderma.

Link:

https://sadaqahmarket.com

Coach Fadzil
Pengasas Malakat Mall dan Yayasan Brainy Bunch

Kepada mana-mana komuniti yang ingin melaksanakan projek yang sama dan memmerlukan platform yang sama boleh menghubungi kami di wa 0192680604.

#ZeroHungerDuringLockDown
#MalakatMall
#BrainyBunch
#RaudhahGrocer

Leave a Reply