Pada tahun 2008, beliau membeli sebuah tadika dan taska menyaksikan kelahiran jenama Brainy Bunch yang bermula hanya dengan satu cawangan hingga ke jumlah 104 cawangan di Malaysia, Singapura, Indonesia dan sebuah di GAZA.
Tahun 2020 Fadzil yang mendapat pentauliahan seorang Jurulatih Perniagaan dari Amerika membuka Malakat Mall, sebuah mall Muslim pertama di Malaysia. Selain daripada pelbagai premis perniagaan dari pakaian, fesyen, farmasi, alatulis, buku, perabot,DIY dan sukan, Malakat Grocer muncul sebagai pasaraya peruncitan di mall itu dengan sasaran 1000 rangkaian Malakat Grocer di seluruh Malaysia dalam tempoh 10 tahun.
Terkini, Coach Fadzil sedang mengusahakan projek Muslim Village di sebuah kawasan lebih 100 ekar di Bukit Tasik, Serendah, Selangor. Projek Muslim Village menggunakan konsep mesra alam seperti kitar semula, pembuangan sisa sifar, tidak merosakkan kontur muka bumi dan mengekalkan keindahan semula jadi.