Panel Coach Fadzil, Artis Nabila Huda dan
Moderator Azlan Shah Nabees Khan. (Bahagian 2/2)

AZLAN SHAH:
Abil ada buat kerja bantuan sebagai frontliners. Apa pengalaman yang Abil dapat?

NABILA HUDA:
Hari saya join NGO sebagai frontliners tu hujan lebat. Saya rasa sedih dan sayu. Memang apa yang sukarelawan buat untuk membantu mereka yang susah kita tak mudah nak balas balik.

Setelah sama-sama beri makanan kepada yang memerlukan, saya ucapkan terima kasih kepada para sukarelawan sebab korbankan waktu dan masa untuk rakyat Malaysia.

Bila saya tengok diorang senyum, saya rasa happy. Selama ini tengok aje mereka ini di instagram. Tapi akhirnya saya dapat ucapkan terima kasih secara berdepan.

AZLAN SHAH:
Coach pulak, nak buat bisnes apa dalam keadaan sakit macam ni?

COACH FADZIL:
Banyak peluang yang kita boleh ambil. Inilah waktu untuk kita reset. Belum pernah berlaku di mana bank beri moratarium atau tak perlu bayar dalam tempoh enam bulan. Belum pernah juga berlaku di mana kerajaan beri subsidi upah selama enam bulan untuk memastikan majikan boleh membayar gaji pekerja.

Kenapa kerajaan beri 6 bulan? Ia adalah indikasi awal bahawa kesan Covid-19 memakan masa itu. Kalau kita tengok peluang-peluang yang ada, apakah bisnes yang boleh hidup dalam tempoh ini?

Pertama, makanan. Kedua, peralatan kesihatan. Dalam beberapa posting sebelum ini, saya ada senaraikan 20 jenis perniagaan pasca Covid-19.

Contoh, selepas PKP ini, bisnes yang berpotensi ialah perkhidmatan sanitasi. Malakat Mall kebetulannya dipilih sebagai pasaraya pertama yang menyediakan terowong sanitasi. Kedua ialah kedai runcit komuniti. Yang terlibat sama ialah perkhidmatan penghantaran diperlukan oleh kerana ramai orang tidak mahu keluar rumah kerana tidak mahu risiko.

Dalam grocery sendiri, terdapat lebih 2,000 peluang perniagaan iaitu membekal makanan dalam tin, botol, bermasak dan separuh masak. Kalau tak boleh jual, sekurang-kurangnya boleh jadi pengedar. Modalnya dari RM500 hingga ke puluhan ribu.

Produk meningkatkan imun adalah di antara produk yang akan menjadi pilihan. Mereka yang sakit adalah merka yang punyai imun tubuh yang rendah. Sekarang ini saya tak nampak produk jenis ini dipromosikan secara meluas di online. Produk-produk ini confirm meletup.

Orang kata pelancongan ini adalah sektor yang lambat pulih. Saya nak betulkan semula persepsi. Pelancongan yang akan pesat berkembang adalah pelancongan domestik. Ia akan pick-up gila-gila sebab orang sudah berkurung berpuluh hari. Tak sabar hendak melancong.

Pelancongan domestik ini bukan sahaja berlaku di negara kita sahaja tetapi di seluruh dunia. Inilah masa kita berbelanja untuk ekonomi domestik. Kerajaan beri kita wang untuk kita berbelanja. Setiap RM1 yang kita belanjakan mempunyai kesan gandaan hingga 3.8 kali. Kalau kita semua tidak berbelanja, ia akan menjadi masalah kepada sistem ekonomi.

Website development; website developer memang sukar dicari sekarang. Ini juga punyai potensi berkembang selepas PKP. Tadika juga cepat berkembang. Sebaik sahaja PKP ditamatkan, ibubapa akan kena pergi kerja dan tadika menjadi tempat menjaga anak-anak mereka.

Antara yang paling penting ialah food security. Malaysia mengimport RM50 bilion makanan untuk negara. Jumlah ini terlalu besar. Sebab kita punyai cuaca yang baik, tanah yang subur yang boleh memberi perbekalan yang cukup untuk keperluan rakyat.

Jika usahawan melihat peluang-peluang seperti ladang ternakan ayam organik, ladang sayur-sayuran organik yang bersifat komuniti iaitu ladang untuk komuniti setempat. Ini adalah di antara ruang dan peluang oleh para usahawan.

AZLAN SHAH:
Abil ada kedai makan dan sekarang buat secara online. Ramai di kalangan penonton bercadang hendak buka perniagaan di bazar Ramadan misalnya. Dalam keadaan sekarang, bagaimana hendak mulakan bisnes online?

NABILA HUDA:
Online ini pun ambil masa. Boleh buat posting di Instagram. Generasi sekarang lebih sukakan IG. Dulu saya tidak begitu percaya dengan media ini. Tapi makin lama IG makin disukai.

Mintalah rakan-rakan artis untuk promosikan barangan, bukan dengan cara memasuki ruangan komen IG selebriti. Cara begitu tak manis. Bila terlalu banyak spam kita jadi menyampah dan menyumpah.

Sepatutnya cuba dengan cara DM pada selebriti. Mana tahu mereka suka dan boleh bantu promosi. Tapi kena usaha dan bersusah dahulu.

Macam saya, saya mengambil berbelas tahun sebelum sampai ke tahap ini. Kena usaha dan jangan putus asa. Kalau sebulan berniaga dah putus asa, memang tanda kita tak kuat. Usaha itu mungkin mengambil masa setahun atau dua tahun baharu stabil.

Pada mula memang kena berusaha dan cari jalan. Ada dugaan seperti dibenci orang. Jangan putus asa. Yang penting, kalau kita sukakan sesuatu, kita akan buat dengan hati yang bersih dan jujur.

Itulah yang saya lakukan pada kerjaya saya. Saya nak jadi pelakun dan saya kerja keras. Setiap hari adalah proses belajar bagi saya. Biarlah orang kata, saya berusaha untuk kerjaya saya. Alhamdulilah, saya capai apa yang saya nak. Saya dapat ilmu yang saya inginkan daripada dahulu.

Kini, saya masih hidup dalam keadaan sederhana tapi bahagia.

AZLAN SHAH:
Bila bercakap tentang bisnes dalam tempoh PKP ini, usahawan akan jadi gusar dan bimbang. Apa hikmah atau silver lining yang Coach boleh berikan?

COACH FADZIL:
Kita lihat kepincangan sistem ekonomi dunia. Dan kita melihat apa yang berlaku pada Covid-19 ini, ia membuka peluang tak pernah ada dalam sejarah moden. Kita menunggu satu formula baharu sistem ekonomi dunia. Pada hari ini semua pakar-pakar ekonomi sedang berjuang untuk turunkan kadar faedah.

Saya melihatnya sebagai satu peluang yang ALLAH beri untuk kita install semula sistem ekonomi Islam yang sebenar. Sistem yang ada sekarang ialah sistem ekonomi kredit. Saya kerap berbincang dengan kawan-kawan dalam hal ini.

Insya-ALLAH kami sedang merangka sebuah persidangan online yang akan kita lakukan dalam masa terdekat ini untuk kita pamerkan idea iaitu sistem ekonomi Islam yang sebenar yang boleh mengambil alih sistem yang ada pada hari ini.

Dalam sistem ekonomi kredit yang ada sekarang, orang kaya pun turut bermasalah. Sebabnya, orang kaya lebih banyak hutang dari orang miskin. Golongan B40 ini sedikit sahaja hutangnya.

Tapi seseorang bilionar contohnya yang mempunyai satu, dua atau 10 bilion, pasti, hutangnya ialah 10 kali ganda. Saya boleh katakan 95 % orang kaya punyai hutang 10 kali ganda daripada apa yang dia ada. Inilah masalah yang ada dalam sistem pada hari ini.

Tapi dalam sistem ekonomi Islam, ia tak begitu. Seperti Abdul Rahman bin Auf, jika dinilai kekayaan yang dia ada pada akhir hayatnya, dia mungkin trilionar dalam bentuk tunai. Bilangan dinar emas yang dia miliki punyai trilion nilainya. Dia tiada hutang seperti orang kaya pada hari ini.

Kalau melihat dari aspek spiritual, kita kena gunakan apa yang ada di tangan kita. Kerajaan beri kita enam bulan tak payah bayar bank. Ada orang hanya simpan wang itu. Kalau pun nak simpan, perkara pertama yang patut dibuat ialah sedekah supaya kita dapat keberkatan.

Keberkatan ini banyak. Kita dapat keberkatan rezeki, terhindar daripada Covid-19 dan sebagainya. Kedua, ialah dengan belanja berimpak. Kalau kita berbelanja di kedai A, A yang dapat untung dan kita tak dapat pulangan. Tetapi jika berbelanja di Malakat Mall contohnya, masyarakat juga akan dapat pulangan.

Ketiga, melabur secara strategik. Bukan membeli saham di pasaran saham. Itu saya tak rekomen. Tapi, melabur di dalam perniagaan yang baharu, bukannya dengan menggunakan semua wang yang ada tetapi paling kurang melalui koperasi seperti Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia.

Beli saham KoPPIM dan KoPPIM akan melabur di dalam perniagaan yang strategik. Sepatutnya apa yang berlaku ialah, kita mesti reviu, merancang dan bertindak sekarang. Jangan tunggu habis PKP baru hendak bertindak.

Kita kena teruskan peranan. Seperti yang Nabi saw kata, kalau esok kiamat, dan di tangan ada benih, kita mesti tanam benih itu. Baginda tidak suruh kita beribadat sahaja bila menjelang kiamat. Apa maksudnya?

Maksudnya, apa sahaja yang kita buat, kita kena berusaha untuk mencapai yang terbaik. Umat yang terbaik ialah seperti yang dinyatakan dalam surah Ali Imran, ayat 110, “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah. Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.”

Dalam tempoh ini, kita kena gunakan media sosial paling kurang dengan cara berkongsi yang baik. Yang tak baik, tak payah komen. Tak perlu berlebih-lebihan menjadi tentera bawang. Kita nak jadi tentera ALLAH, bukannya tentera bawang.

Inilah waktu yang terbaik untuk kita reset, reflex dan reinstall sistem yang betul berpandukan apa yang ALLAH tunjukkan melalui Rasulullah saw dan ulama-ulama kita.

AZLAN SHAH:
Apakah kata-kata terakhir untuk semua rakyat Malaysia?

NABILA HUDA:
Jangan langgar perintah dengan keluar rumah agar kita sama-sama bantu tangani Covid-19. Fikirkan apa yang korang nak buat dengan kehidupan.

Sentiasa fikir positif. Walau fikir macam mana pun, kita masih di rumah. Kalau rasa berjauhan dengan keluarga, orang lain pun begitu. Rakyat Malaysia kuat untuk menghadapi Covid-19 ini.

COACH FADZIL:
Tiga perkara bagi usahawan untuk reset bisnes, Pertama, tanya BIG WHY mengapa kita buat bisnes ini. Kalau BIG WHY kita tidak menjawab, mengapa kita buat bisnes ini untuk alam yang satu lagi iaitu alam akhirat, kita kena perbetulkan bisnes kita.

Kedua, kaji USP atau Unique Selling Proposition produk yang kita ada. Ketiga study balik model bisnes yang kita ada. Tiga benda ini untuk kita gunakan sebagai formula untuk reviu pasca Covid-19. Jadi, kita jadi lebih kuat, bukan lebih lemah.

Jangan Putus Asa, Malaysia.

Leave a Reply