Coach Fadzil Hashim
Temubual oleh Dato’ Sohaimi Shahadan
11.8.2020.Siri 3/3
S: Coach jumpa ramai usahawan. Apa masalah dan kelemahan orang kita?
Saya tengok, mereka tiada punyai why yang betul untuk berniaga. Dia berniaga untuk dirinya sahaja. Sebab itu mereka tiada impian yang besar. Biasanya saya akan tanya kepada mereka siapa yang ada rangcangan 30 tahun? Atau 20 tahun atau 10 tahun. Itupun jarang.
Selama dua tahun saya dilantik menjadi panel ceramah SME talk Maybank. 99 % daripada usahawan tidak ada perancangan. Bila tiada rancangan, ia bermakna merancasng untuk gagal. Mereka tiada pelan untuk menjadi besar.
ORANG KITA SUKA BUAT SENDIRI-SENDIRI
Masalah orang kita pula, definasi kejayaan bagi mereka amat cetek. Misalnya, mereka jadi usahawan untuk membina rumah anak yatim, sekolah tahfiz, masjid dan itu sahaja.
Seolah-olah masalah pada hari ini terjadi kerana sekolah tahfiz tak ada, seolah-olah rumah anak-anak yatim tak boleh hidup.
Ini adalah sebab mengapa kita tak kuasai ekonomi. Kita hanya jaga diri masing-masing. Kita tidak hendak bergabung untuk menyatu sedikit kuasa yang kita ada. Bangsa Yahudi, Zionis menguasai dunia. Mereka tidak ramai tetapi mereka boleh menguasai dunia dengan sistem ekonomi.
Itu yang kami di Malakat Mall ada koperasi seperti simbolik kapal Hang Tuah, Mendam Berahi. Orang yang tak tahu, ingatkan mendam berahi itu istilah berunsur 18 SX. Tetapi maksud mendam berahi sebenarnya ialah ‘merdeka dari dendam serta berani kerana ilahi.’
S: Saya ada baca tentang Hang Tuah, dia pernah dijemput oleh Sultan Muhammad al-Fatih ke Turki, pada usianya dalam 20an…
Bila dia sampai ke Turki dengan kapalnya, orang Turki terperanjat sebab kapal kita lebih besar daripada kapal Turki. Jadi kita bukan sahaja peniaga tetapi pelayar yang hebat di dunia.
S: Coach ada mentor sebagai rujukan?
Masa kecil dahulu saya tengok abang ipar saya. Dia peniaga kecil, tapi lama bekerja dengan tauke Cina. Falsafah perniagaannya saya suka. Dia jaga aliran tunai. Padanya aliran tunai adalah senjata paling ampuh dalam bisnes.
Kalau ada untung banyak, ia tak berguna kalau tiada wang tunai. Secara tak langsung, abang ipar saya menjadi mentor saya. Kita dahulu memang tak ada mentor berbanding dengan mereka sekarang ini. Sekarang dah ramai sifu.
Saya terkesan dengan abang ipar saya. Dia berniaga hartanah, sewakan rumah dan sebagainya. Bisnesnya tidaklah besar. Dia pun tak ada rancangan nak buat secara besar-besaran.
Tapi dia mampu bawa keluarga bercuti. Jadi saya belajar asas perniagaan dengan dia.
Saya dilahirkan dalam keluarga yang bukan senang. Tapi aspirasi perniagaan ialah hendak selesaikan masalah pokok umat kita.
NIAT LUASKAN KUASA EKNOMI ISLAM
Walaupun kita majoriti, kita amat lemah dalam ekonomi. Fokus saya ialah Malaysia dan Indonesia kerana Indonesia mempunyai populasi umat Islam yang terbesar di dunia.
Kalau kita tak bantu, siapa nak bantu ekonomi mereka? 90 % ekonomi di Indonesia dikuasai oleh bukan Islam. Kalau Malaysia, 80 %. Memang kita kena selesaikan masalahnya bersama.
S: Coach pandai buat branding. Boleh tak kongsikan ilmu branding ini?
Sebelum kita buat branding, kita kena tengok comparative brands iaitu jenama-jenama yang standing sebagai jalan pintas. Saya selalu sebut AirAsia. ‘Mari jadi sebuah syarikat yang sebesar AirAsia.’ Itulah matlamat kita.
Apa yang AirAsia buat, kita ikut. Walaupun tidak semua kerana mereka sebuah syarikat penerbangan. Tapi kita kena tengok pendekatannya, model bisnesnya dan juga strategi pemasaran mereka.
MENCONTOHI CARA PEMASARAN AIRASIA
Kita lihat bagaimana mereka mengikuti trend. Kalau ada berita yang trending, mereka akan buat liputan yang seiring dengan trend itu. Saya selalu ingatkan staf saya untuk mencontohi AirAsia. Sebab kalau kita hendak buat sesuatu daripada kosong, kita mungkin tak mampu lakukan sebegitu.
Sebagai orang biasa, memang sukar kita hendak lakukan seperti syarikat besar. Tapi untuk permulaan, start-up dan sebagainya, carilah produk yang seiring sebagai benchmark. Kita mudah lakukan ini melalui Facebook.
Kita ambil produk yang kita ingin contohi di facebook. Apa yang mereka buat, kita ikut sahaja. Dengan cara begitu tak perlu gunakan perunding!
S: Sepatutnya kita jadikan produk yang sukses sebagai tempat rujukan.
Saya nak sebut competition atau tandingan. Orang Melayu tak boleh ambil tandingan. Cara mereka bertanding ialah dengan cara marah… mata merah… ain. Ini masalah. Sedangkan kalau kita ke Yiwu, China, kompaknya seperti Mid-Valley.
Tetapi saiznya 10 kali ganda meliputi kawasan seluas lima kilometer. Kalau kita tengok mereka berniaga, di bahagian kedai beg, kita akan nampak beg di seluruh kawasan. Mereka jual produk yang sama. Tiada masalah.
Bila kita renungkan, rezeki ini milik ALLAH swt. Kita hanya usaha sahaja. Cuma kalau kita hendak berjaya, kita kenalah tahu apakah story jenama kita. Apa mesej yang kita bawa. Apa masalah pengguna yang kita hendak selesaikan.
MUDAHNYA BUAT BISNES DENGAN MALAKAT MALL
Contohnya, Malakat Mall. Malakat Mall hendak selesaikan isu ketiadaan pasar untuk usahawan Islam berniaga. Perjuangan Malakat Mall adalah menyediakan peluang dan ruang kepada para usahawan.
Kalau hendak masuk berniaga di pasaraya kita, usahawan tak perlu bayar listing fees, fee SKU dan sebagainya. Mereka pun tak perlu bayar sewa yang tetap. Sewanya bergantung pada jualan. Kita amat fleksibel semata-mata untuk selesaikan masalah para usahawan.
Malakat Mall juga bertujuan untuk menjadikan pengguna kita sebagai pemilik bersama perniagaan ini melalui KoPPIM. Dengan pelaburan RM100, mereka sudah menjadi sebahagian daripada pemilik Malakat Mall.
S: Ramai yang tahu keluarkan produk, tapi tak reti buat pemasaran. Ada tak strategi yang berkesan?
Konsep pemasaran ini mudah. Kena ada AIDA iaitu akronim Attraction, Interest, Desire dan Action. Tapi asasnya ialah bagaimana nak buat versi hantu raya! Hantu raya ni apa? Ia adalah untuk munculkan produk kita di mana-mana. Cuma di zaman teknologi ini, ada yang berbayar, ada yang percuma. Telegram, Whatsapp, sebahagian dari Facebook dan Twitter pun percuma.
Kalau kita tahu cara menulis menurut SEO atau Search Engine Optimization Google secara percuma, gunakan yang percuma dahulu. Pergilah belajar, tapi tak perlu buat kesemuanya sendiri.
TAK PERLU BUAT SEGALA-GALANYA SENDIRI
Masalah orang kita ialah dia nak buat kesemuanya sendiri. Itu yang tak jadi. Saya belajar IT dan boleh buat website. Tapi website saya tidaklah secantik berbanding dengan yang designer saya buat.
Jadikan konsep marketing, contohnya Tony Fernandes. Dia pakai topi sebagai branding. Di mana dia pergi, dia pakai topi. Kos branding dia hanyalah topi yang dipakai. Bagi mereka yang belum ada jenama yang kuat, kenalah pakai topi jenama mereka itu ke mana-mana.
Ramai yang tak tahu ‘elevator pitch’ iaitu meringkaskan penyampaian mengenai produk kita. Saya ingat ketika di peringkat awal Brainy Bunch, salah seorang staf saya minta kebenaran meletak risalah mengenai Brainy Bunch di restoran mamak.
Taukenya tak benarkan. Jadi dia dirikan gegantung ‘bunting stand,’ bila dia makan dengan isterinya. Gegantung itu menceritakan tentang Brainy Bunch. Bila ada orang tanya, dia terus beri risalah.
Kami juga turun ke jalanan, ke Jalan TAR, guna ‘sandwich man’ Mungkin nampak pelik, tapi ia mampu tarik perhatian. Pemasaran ini bertujuan untuk tarik perhatian aje.
Bersambung…
*Video temubual ini boleh ditonton di

Leave a Reply