Coach Fadzil Hashim
Temubual oleh Dato’ Sohaimi Shahadan
11.8.2020.Siri 2/3
S: Dari mana datangnya nama Malakat Mall?
Saya sukakan sejarah. Bila hendak mengenal bangsa kita, kita kena baca sejarah. Kalau kita baca sejarah, kehebatan orang Melayu dahulu ialah di zaman kesultanan Melayu Melaka. Pada waktu itu Melaka super hebat. Di antara bandaraya terkaya di dunia ialah Melaka.
Kalau kita tengok, seluruh dunia datang untuk berdagang di Melaka. Kalau orang Melayu tidak hebat, tiada orang datang ke Melaka. Pada waktu itu, banyak pedagang Arab. Malakat ialah istilah yang diberi oleh pedagang Arab yang bermaksud ‘tempat pertemuan pedagang.’
Kita ambil nama itu sebab nak kembalikan semula kehebatan kita dalam perniagaan seperti di zaman kegemilangan kesultanan Melayu Melaka dahulu.
S: Bagaimana pula dengan Raudhah City? Bagaimana memperoleh ideanya?
Ideanya simple. Kita mengikut ibrah daripada nabi Muhammad saw. Apa yang kita buat ini sama dengan apa yang Nabi saw sebut sebagai ‘Laqod kaana lakum fii rosuulillaahi uswatun hasanatun.” (Sungguh, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu.” – Al-Ahzab : 21)
Sebagai orang Islam, kita mesti ikuti Nabi saw. Kita tengok apa yang Nabi saw buat. Dalam masa 13 tahun menjadi Rasulullah saw, Baginda tegakkan tauhid di Mekah. Yang difokus adalah lailahailallah Muhamadarasulullah.
Tetapi bila perintah hijrah berlaku, apa yang kita terlepas pandang sedikit ialah betapa para sahabat berpindah dan tinggal bersama dengan Rasulullah saw. Ansar dan Muhajirin bersatu dan tinggal di tempat yang sama.
Kemudian Rasulullah saw membina masjid dan strategize setiap hari. Kita juga patut duduk setempat dan jaga sesama sendiri untuk kita bina kekuatan. Kemudian Raslullah saw lihat pasar yang dikuasai oleh kaum Yahudi dengan sistem riba dan penindasan.
RASULULLAH BINA PASAR
Nabi saw tak lawan Yahudi. Sebaliknya Rasulullah bina pasar Madinah. Inilah idea Malakat Mall. Jadi, apa yang saya buat ialah pendidikan untuk membina tauhid dan selepas itu kita pindah dan duduk sekali. Pada zaman sekarang kalau kita duduk sorang-sorang memang payah sikit hendak beribadah.
S: Coach Fadzil mempunyai matlamat yang jelas tersusun dengan sasaran yang terancang. Apa yang Coach lakukan ni bukannya sesuatu yang tiba-tiba. Sebaliknya menjadikan sirah Rasulullah, kehebatan kerajaan Melayu Melaka sebagai panduan. Jadi penonton nak tahu bagaimana perasaan nak berhenti kerja dapat dibuat? Sebagai orang yang berpangkat dan bergaji tinggi Coach boleh berhenti kerja. Apa nasihat dan padangan?
Nasihat saya ialah simple. Iaitu pertama bagi yang berkeluarga, bila nak berhenti jangan tinggal terus. Bila dah berhenti jangan jadi wlebih teruk, bila bekerja dengan orang dia kerja 8 jam, tetapi bila bekerja sendiri dia kerja 4 jam.
Dia boleh hantar anak ke sekolah, minum kopi, membaca tetapi kerjanya sedikit. Tentulah dia tak berjaya.
Kalau selama ini bekerja 8 jam, bila nak kerja sendiri kena lebih dari 8 jam atau 16 jam. Tetapi sebelum mengambil keputusan berhenti kerja, saya dah buat bisnes sampingan. Contohnya ambil francais Avon. Di situ saya dapat pengalaman.
PENDAPATAN BUKAN DARI SATU SUMBER
Masa itu nak berniaga memang payah sebab kena buka besar. Di zaman sekarang lebih senang boleh mula dengan dropship atau tanpa kos pun boleh mulakan perniagaan. Keywordnya ialah mulakan mendapat pendapatan sampingan minimum 10 sumber aliran wang pendapatan.
Ada yang dari gaji, jual barang, buat perkhidmatan, perundingan dan pelaburan. Boleh dikatakan orang kita hanya punyai satu pendapatan. Dari satu sumber. Ini sangat berisiko. Sebelum nak buat untung besar, belajar buat untung sikit-sikit.
Contohnya masa durian tengah best, kira-kira tiga tahun lepas, kakak saya hantar durian Raub. Saya tanya dia boleh tak kita jual durian ini? Masa itu saya nak ke Sarawak. Jadi saya update dan jual di Facebook.
Saya beritahu yang saya nak bawa satu tan durian. Sesiapa yang nak order, boleh order. Pada tahun itu saya jual 2 tan durian! Bukannya saya yang jual, tetapi ia dipesan oleh kawan-kawan. Maknaya bisnes ini bukannya komplikated dan berisiko.
ALLAH bagi banyak rezeki. Masalah kita ialah bila kita memohon, kita memilih rezeki. Kita hanya hendak yang besar. Bagi saya, apa yang ALLAH beri, yang kecil atau yang besar saya ambil.
HADAPI BILA BISNES TAK UNTUNG
Sebab kita minta kat dia. Kita tak tahu bisnes yang kecil kita dapat itu mungkin untuk bantu orang lain atau dapat rezeki di tempat lain. Kadangkala tak untung pun. Banyak bisnes saya yang tak semuanya untung.
Tapi sebab effort tu, ALLAH kasihan dekat kita dan bagi kot lain. Atau sumber yang tak disangka-sangka. Kalau kita fikir logik, rezeki mesti sampai dari sumber yang disangka. Kalau rezeki ini datang dari usaha kita, metsilah dari dari sumber yang disangka.
Tapi tidak. ALLAH suruh kita berdoa. Akhirnya kita dapat rezeki yang disangka dan yang tak disangka. Syaratnya kena yakin dengan ALLAH.
S: Coach ada banyak perniagaan. Ramai yang nak buat itu ini. Apa tipsnya?
Tipnya mudah. Ia bermula dengan ‘why.’ Kenapa kita nak buat sesuatu bisnes itu? Kalau nak buat bisnes kerana nak untung dan kaya dan kemudian baru nak buat amal dan ibadah, itu pendekatan yang tak betul.
Sebenarnya tanggungjawab usahawan ialah menyelesaikan masalah komuniti. Yang boleh menyelesaikan masalah kemiskinan dalam masyarakat hanyalah usahawa bukannya kerajaan! Orang politik hanya boleh bantu, tapi tak boleh selesaikan.
ORANG POLITIK TAK MAMPU SELESAI MASALAH EKONOMI!
Mereka hanya jambatan, pemudahcara, pembuka pintu dan pemberi peluang. Tapi kalau usahawan pula, jika mereka bergabung tenaga dan selesaikan masalah kemiskinan di negara kita misalnya pada tahun 2030 kita tiada kemiskinan, sifar asnaf. Ini adalah di antara matlamat kami dengan koPPIM.
Jadi bila kita ada why yang besar, contohnya masa kita nak buka mall ini. Dari pendidikan, kita buat pembangunan, lepas itu kita nak buka mall. Tuan punya mall pun tak percaya kat kita. Sebab kita tiada pengalaman langsung.
Jenuhlah kami hendak yakinkan mereka. Sewaktu kita dapat crack the code, kita kata kita nak cari mall yang mati sebagai strategi. Sebab jika kita mahukan mall baharu, tentu tiada pemaju yang berani beri pada kita.
MALL MATI SEBAGAI STRATEGI
Mall mati ialah mall yang dah siap tetapi tiada penyewa. Dengan cara itu kita boleh buat rundingan. Pada ketika itu mereka pertikaikan idea kita. Tapi kita jangan fikir banyak sangat. Banyak orang kita fikir banyak sangat. Itu sebab mereka tak bergerak.
Tentulah kita buat yang terbaik. Kita fikir sedikit tetapi kita banyak berserah kepada ALLAH. ALLAH akan hantar pasukan kepada kita. ALLAH hantar bekas pengurus nasional Al-Ehsan, geng daripada Tesco, mereka semua datang bantu dan susun.
Kita terpaksa bangunkan, tetapi semua kawan-kawan kita tak mahu masuk. Ada jenama-jenama berjaya tak mahu masuk kerana tak yakin. Jadi kami terpaksa bina jenama sendiri. Tetapi tak mengapa, sebab nak tunjuk yang kita boleh buat walaupun tak banyak.
Kita ada keyakinan dan usaha, ALLAH akan bantu. Kita hendak replica Malakat Mall supaya ia memberi ruang dan peluang kepada usahawan untuk ambil alih perniagaan-perniagaan ini. Ia sebagai game changer sebagai strategic distributor dan strategic marketplace.
*Video temubual bolej ditonton pada
Rabu, 2.9.2020, jam 9.00 -10.00 malam

Leave a Reply