SURAT TERBUKA KEPADA YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA, TAN SRI MUHYIDDIN BIN YASIN

Cc: MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT, YB DATUK SERI RINA BINTI MOHD HARUN

Saya mewakili pengusaha-pengusaha taska di Malaysia yang mana kini turut terjejas dengan keadaan semasa negara kita. Kami terpaksa menutup premis taska dan kini tidak mempunyai punca pendapatan bukan sahaja untuk kelangsungan hidup kami malah pekerja-pekerja di taska kami.

YAB Perdana Menteri,
Yuran taska yang ibubapa bayar adalah untuk sewa premis, bil air, bil elektrik, sewa penapis air, makanan harian kanak-kanak asuhan, gaji pekerja-pekerja, caruman kwsp dan perkeso. Sekiranya semua bayaran ini selesai di bayar, maka baru lah kami pengusaha taska dikira mempunyai untung atau dalam erti kata sebenar kami mempunyai gaji untuk menyara keluarga sendiri.
Berbalik kepada tanggungan taska, walaupun taska kami terpaksa ditutup, segala tanggungan masih lagi perlu dijelaskan seperti sewa premis, bil air, bil elektrik, sewa penapis air, gaji pekerja-pekerja, caruman kwsp dan perkeso. Kami tidak boleh sewenangnya memotong gaji pekerja mahupun memilih untuk tidak membayar sewa premis. Taska juga ada bebanan yang dipikul.
Masalah yang dihadapi rata-rata kami pengusaha taska adalah keegganan ibu bapa untuk menjelaskan bayaran bulanan kepada pihak taska atas alasan anak-ana-anak tidak dihantar ke taska dalam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini diarahkan oleh Kerajaan.
Amatlah tidak adil bagi kami untuk dipotong kerana kami masih menanggung kos pengurusan taska. Bagaimana kami boleh meneruskan pembayaran gaji dan sebagainya sekiranya punca pendapatan kami disekat oleh ibu bapa?

Tidak dapat dinafikan sesetengah taska bersedia memberikan diskaun atau pengurangan bayaran bulanan selepas mendapat pengecualian sewa daripada pemilik premis/ bangunan taska yang diduduki sementara sebahagian lagi memberi pengurangan apabila kerajaan mengumumkan pengecualian yuran Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan dari Mac hingga Jun.
Sudah pasti golongan pengusaha taska yang mendapat bantuan sebegini boleh memberikan diskaun kepada ibubapa kerana secara tidak langsung bebanan kos pengendalian taska telah tiada atau pun kurang. Namun, jika dtimbal semula sewa premis taska jika sekali pun dikecualikan, kami pengusaha taska masih mempunyai komitmen tinggi seperti gaji dsb.

YAB Perdana Menteri,
Kami menyambut baik cadangan YAB Perdana Menteri untuk memastikan semua golongan dibela apabila YAB mengumumkan bahawa satu pakej rangsangan ekonomi yang akan memberikan manfaat kepada semua sedang dirangka dan akan diumukan pada hari Jumaat ini. YAB juga memberi assurance bahawa Kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk pastikan semua beroleh manfaat samada pemandu teksi, pemandu grab, petani, pengusaha restoran, penjual nasi lemak, penjual goreng pisang, penjual burger, pekerja harian. Dalam erti kata lain, no one will be left behind.

Justeru itu, kami memohon kepada YAB Perdana Menteri untuk mendengar keluhan kami dan mencapai satu penyelesaian terhadap keengganan ibu bapa membayar yuran taska. Kami percaya ibu bapa yang berkenaan tidak mahu gaji mereka dipotong dalam keadaan ketika ini. Maka kami juga berharap ‘gaji’ kami juga tidak dipotong kerana pada akhirnya, segala yang diperolehi itu tidak lain dan tidak bukan untuk kelangsungan hidup kami juga.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,
PENGUSAHA-PENGUSAHA TASKA (berdaftar dibawah JKM)YANG TERJEJAS DAN TERTINDAS

#jpm #jkmm #jkm #kpwk
#covid19 #covid19malaysia
#juststayathome

Nota kepada pengusaha-pengusaha Taska:
Silakan share, tag kenalan dan nyatakan sokongan anda dibahagian komen supaya nasib pengusaha taska terbela.

Leave a Reply