Saya tengok sebuah video pagi tadi. Tajuk dalam video itu ialah, ‘The Government Does Not Rule The World; Goldman Sach Does. (Bukan kerajaan yang memerintah dunia, tetapi Goldman Sach.)

Maknanya, syarikat-syarikat besar dunialah yang mengawal dunia, bukannya mana-mana kerajaan.

Pada hari ini, pasaran saham sedang jatuh merudum. Tetapi kita di Malaysia masih belum menerima impak sepenuhnya kerana ia baharu bermula. Bagaimana pun, kita mestilah bersedia untuk berdepan dengan sesuatu yang amat buruk.

APA KAPITALIS BUAT BILA SAHAM JATUH?

Saya bukan orang yang setuju dengan permainan saham. Tetapi kalau kita hendak melakukan strategi di atas peluang yang ada bila berlakunya kemelesetan ekonomi dunia, inilah masanya. Nilai syarikat-syarikat yang disenaraikan di pasaran saham sedang jatuh.

Misalnya kalau dahulu nilainya RM10, kini sudah jatuh ke 50 sen, ia memberi satu peluang. Kalau kita tengok orang seperti kapitalis Warren Buffet, dia jadi semakin kaya apabila terjadinya kejatuhan saham. Orang seperti dia telah keluar dari pasaran saham lebih awal dan memegang kedudukan kewangan.

Apabila pasaran telah merudum, syarikat-syarikat yang terlibat akan menghadapi masalah untuk meneruskan operasi. Pada waktu itu, sang kapitalis besar ini akan gunakan wang yang dia ada untuk membeli syarikat-syarikat ini dengan harga yang jauh lebih murah.

Begitulah kerja golongan kapitalis. Mereka akan capitalise(pergunakan) walaupun sesama mereka. Sebabnya, dalam sistem kapitalis, peraturan pertamanya ialah membuat untung. Tamak menjadi pegangan utama untuk mencapai objektif mereka.

APA IKHTIAR KITA SEBAGAI ORANG BIASA?

Bagi kita yang mempunyai dana yang kecil, kita tidak payah buat apa-apa. Walaupun ada yang kata kita boleh juga buat duit dalam keadaan ini, tetapi risikonya tetap tinggi kerana kita tidak tahu sedalam mana atau bilakah kejatuhan saham ini akan berakhir.

Kemelesetan ini lebih dahsyat daripada kemelesetan ekonomi yang pernah berlaku. Kemungkinan ia mirip kepada The Great Depression pada tahun 1929. Kalau begitu, apa yang kita boleh buat?

Kita satukan tunai kita. Orang kata, cash is king. Saya kata cash is king kalau kita punyai jumlah cash yang tertentu iaitu jumlah cash yang boleh dimanfaat jika sesuatu berlaku. Katakan sesebuah syarikat mengalami saham yang jatuh pada nilai 1 bilion. Tetapi nilainya jatuh menjadi 500 juta.

Bila kita ada tunai sebanyak itu, bolehlah kita beli syarikat itu jika kita lihat nilai sebenar syarikat itu melebihi 1 bilion. Sebabnya, pasaran saham bukan petunjuk nilai sesebuah syarikat itu. Kita kena buat kajian terhadap perniagaan itu.

Sekiranya kita dapat satukan kekuatan tunai kita yang sedikit, untuk mengambil alih syarikat yang strategik, yang undervalue, tulah peluang yang ada apabila kita punyai wang tunai yang banyak dalam suasana pasaran yang merudum.

PERANAN KOPERASI MENGHIMPUN
DANA ORANG BIASA

Tapi bagaimana pula orang biasa hendak juga ambil kesempatan dalam keadaan ini? Kalau kita ada sekadar RM1,000, RM2,000 atau RM10,000, platform yang terbaik adalah melalui koperasi. Sebabnya, koperasi membolehkan dana-dana yang kecil disatukan untuk menjadi dana yang besar kerana ia adalah entiti yang dimiliki bersama.

Misalnya, kalau kita hendak mengurus ladang, mendapatkan lesen dan seumpamanya, kita tak boleh mendapat sumber kewangan kecil dari orang ramai, sebaliknya perlu dapatkan sumber kewangan yang besar.

Tetapi kalau melalui koperasi, dana sekecil RM100 sudah boleh bermula. Dengan RM100 dan keahlian 1 juta ahli, kita akan dapat RM100 juta. Sebab itulah konsep koperasi amat kuat.

TERLEPAS PELUANG MILIK SYARIKAT BESAR

Tetapi sayangnya ia gagal dimanfaatkan oleh kebanyakan koperasi di negara kita.Walaupun mereka punyai banyak wang, mereka tidak ambil kesempatan. Contohnya antara kelemahan kita ialah bila kita lepaskan Tesco kepada satu lagi syarikat luar negara. Tesco dijual dengan harga 2 bilion. Ada koperasi di Malaysia yang punyai wang RM2 bilion.

Kenapa mereka tidak beli Tesco? Sayang, sebab kalaulah ia jatuh ke tangan syarikat Malaysia, ia adalah baik kerana duit kita tidak keluar negara tanpa sebab bila kita kekalkan perbelanjaan runcit dalam negara kita.

Reveniu McDonald dua tahun lalu ialah RM2.3 bilion. Ia sama dengan reveniu MAS sebelum ia dipecah-pecahkan. Maknanya bukan mudah hendak dapat RM2 bilion. Tapi McDonald hanya jual burger sahaja boleh dapat RM2 bilion.

Tapi bila mereka jual pegangan saham itu kepada syarikat asing, sayang sekali kerana kita tidak ambil syarikat itu. Hal ini bukannya sukar kerana McDonald dah boleh bergerak sendiri kerana ia sudah ada sistem operasinya yang sendiri.

MARI KITA HIMPUN DANA

Oleh kerana kegagalan memahami peluang-peluang perniagaan yang ada dan memahami tanggungjawab kita maka kita mulakanlah koperasi sendiri yang boleh merangkumi dan meliputi seluruh pengguna Islam Malaysia.

Jadi pasaran yang jatuh sekarang ini saya seru kawan-kawan semua untuk satukan duit yang kita ada. Kemudian kita kenalpasti syarikat-syarikat strategik yang boleh kita ambil alih bukan sahaja di Malaysia, tetapi di luar negara.

Di antara jalan pintas untuk memiliki sesuatu perniagaan dengan cepat ialah dengan cara membeli perniagaan itu. Contohnya Brainy Bunch. Ia bermula bila saya beli sebuah tadika di Kajang yang ada dan ditambahbaik menjadi Brainy Bunch.

SEDALAM MANAKAH KEJATUHAN SAHAM

Indeks pasaran saham kita telah jatuh ke 1,200 mata pada bulan lalu. Kini melonjak sementara sahaja dan dijangka akan jatuh ke 890 mata. Kalau kita tengok kemelesetan yang biasa, 890 mata boleh dikatakan penilaian yang selamat. Tetapi kalau kita tengok ia sebagai The Great Depression sepertimana pada tahun 1929, ia akan jatuh lebih rendah lagi.

Cuma kita kenalah ingat bahawa indeks saham tidak mencerminkan penilaian sesebuah syarikat. Siapa yang pernah menonton filem Pretty Woman, watak Richard Gere dalam cerita itu adalah untuk mengenalpasti syarikat-syarikat yang under-value.

Nilai syarikat anda bukannya ditentukan dari segi transaksi perniagaan tetapi oleh pedagang. Seandainya fundamentalnya betul, dan dinilai semula berdasarkan perniagaannya, ia menjadi sebuah pelaburan yang selamat.

RISIKO JADI TRADER PADA WAKTU INI

Kita sebagai individu kita hanya boleh jadi traders. Dalam recession ini saya biasa jumpa traders yang bankrup. Sebab kebanyakannya membuat margin trading yang bukannya duit sendiri. Ia bahaya kerana kalau kita menjadi pengurus dana, dia menggunakan wang institusi bukannya wang sendiri.

Tapi kalau kita menjadi trader dengan duit sendiri atau pinjaman, ia adalah suatu kerja yang berisiko tinggi. Segala teori-teori yang dipelajari tidak dapat digunakan. Dalam pasaran saham, kita buat keuntungan jika ada naik turun pasaran. Sebaliknya jika pasaran sedang jatuh, kita tak boleh ramal sejauh mana kejatuhan saham itu.

Fikir dan bertindaklah. Ini adalah peluang yang ALLAH bagi untuk kita install balik sistem ekonomi Islam.

JOM KITA SERTAI KoPPIM

Inilah masanya. Suruhanjaya Koperasi Malaysia pun sudah memberi kita kebenaran untuk mengadakan EGM secara online supaya kita boleh kemaskini undang-undang kecil koperasi. Sesiapa yang masih belum menjadi ahli koperasi, inilah masanya untuk menyertai.

Ambillah ruang dan peluang. Apa yang berlaku adalah ujian ALLAH kepada kita untuk menilai apa tindakan kita. Kalau kita ikut apa yang ALLAH tentukan, insya-ALLAH kita akan selamat. Tetapi seandainya kita bertindak dengan tidak mengikut apa yang ALLAH benarkan, maka kita tidak akan selamat.

Saya tidak cadangkan kita membeli saham sebagai individu. Yang saya cadangkan ialah, kita menyatukan dana yang kita ada di bawah koperasi dan koperasi ambil alih syarikat. Kita membeli untuk mengambil alih pengurusan, bukan semata-mata ingin menjadi pemegang saham majoriti.

Prosesnya panjang, tetapi kita akan dapat maksimakan peluang yang ada. Sekarang ini adalah masa kita mengumpul dana. Lagipun pasaran masih belum rock bottom lagi. Pada waktu ini kita boleh membuat penilaian samada sesebuah syarikat itu strategik untuk kita miliki, boleh beri pulangan dari segi perniagaannya, keuntungannya dan pengurusannya berhemah.

Kita perhati dahulu sementara kita mengumpul dana di bawah koperasi. Kita bersama-sama boleh lakukan menjadi tuanpunya bisnes-bisnes melalui KoPPIM.

KOPERASI BUKAN BISNES KAMPUNG

Saya dapat maklumat, persepsi orang terhadap koperasi sebagai bisnes kampung. Kalau kita ke negara-negara Eropah kita akan dapati banyak bank-bank dipunyai oleh koperasi.

Mungkin sebabnya banyak koperasi di Malaysia memberi pinjaman peribadi. Ini yang menjadikan persepsi yang koperasi sebagai tempat membuat pinjaman. KoPPIM bukan koperasi pinjaman sebab KoPPIM adalah koperasi strategik untuk ubah sistem ekonomi negara, malah dunia.

Sebagai koperasi, kita boleh kutip duit, buat pelaburan dan infaq. Semoga bermanfaat. Ambil tindakan sebagai ahli koperasi. Yang sudah mendaftar, tolong uar-uarkan kepada kawan-kawan dan ajak seramai mungkin.

Dengan RM1,000, RM10,000 atau RM100,000, dalam tempoh setahun, nilai gandaannya saya nampak peningkatan yang sangat tinggi sekiranya kita dapat penyertaan ramai anda.

Leave a Reply