Live FB Coach Fadzil Hashim, 29.3.2020

MENGHARUNGI HARI-HARI COVID-19

SEBUAH hadis Rasulullah saw: “Sekiranya di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku kiamat, maka hendaklah kamu menanam dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut” (HR Imam Ahmad)

Mengulas hadis ini, Covid-19 adalah kejadian kecil. Tapi kalau hendak kiamat pun kita disuruh menanam, maka kita kena bersedia dan terus berusaha. Bila stay at home, selain daripada kita bermuhasabah, kita kena merancang dan menganalisa.

Ramai usahawan termasuk saya sendiri yang terkesan. Tapi saya ingin berkongsi idea tentang peluang-peluang perniagaan yang tuan puan boleh cuba pertimbangkan untuk jalankan.

Kalaupun tuan puan sudah ada bisnes lain, boleh pertimbangkan dan buat penyelidikan tentang perniagaan-perniagaan yang bakal saya cadangkan ini.

Selepas Covid-19, perniagaan-perniagaan yang bakal meletup ialah perniagaan yang boleh ditubuhkan secara lokal untuk pasaran lokal. Inilah masa untuk perkukuhkan perniagaan lokal.

Perniagaan import dan eksport terjejas. Barangan import melalui kapal tidak dibenarkan. Hanya barangan import dari udara sahaja yang boleh.

BISNES-BISNES BAKAL MELETUP SELEPAS PKP
Yang paling penting, ALLAH menilai apa tindakan kita berikutan dengan apa yang berlaku. Antara perniagaan yang saya senaraikan ialah:

1. Bisnes pembersihan dan perkhidmatan nyahkuman.
Perniagaan ini mula digunapakai dan meletup apabila PKP ditamatkan. Banyak pejabat-pejabat inginkan perkhidmatan ini.

2. Panggung wayang pandu masuk.
Di Amerika, bisnes yang akan berkembang selepas ini ialah panggung wayang pandu masuk. Orang dah kurang minat ke panggung wayang buat masa ini. Mungkin kena dapatkan kelulusan patuh syariah terlebih dahulu. Tapi di Malaysia mungkin boleh dapatkan hak siaran untuk beberapa filem yang belum ditayangkan di Malaysia lagi seperti animasi cerita Bilal Ibnu Rabbah melalui tayangan di pekarangan masjid atau padang.

3. Kedai runcit komuniti.
Orang tidak berani ke pasaraya besar atau hypermarket. Perniagaan ini semakin meletup sekarang dan semakin bercambah kerana orang ramai pergi ke kedai runcit komuniti terutamanya yang ada perkhidmatan online.

4. Makanan dalam tin dan sejuk beku.
Apabila adanya kedai runcit, akan ada juga perniagaan yang berkaitan seperti makanan dalam tin sejuk beku. Inilah masanya untuk memulakan perniagaan untuk sedia masak (ready to cook) ataupun sedia makan (ready to cook). Perniagaan begini pun akan meletup kerana pasaraya akan menjadi pilihan ramai.

5. Permainan papan.
Oleh kerana dalam tempoh Covid-19 ini terdapat anggota keluarga yang bermain dengan permainan papan, maka mereka mungkin mahukan permainan baharu walaupun selepas tempoh PKP ini.

6. Peralatan senaman di rumah.
Tak perlu beli semua peralatan. Memadai ambil beberapa alat untuk dibekalkan kepada komuniti dan jaringan kerana orang dah mula bersenam di rumah. Boleh mulakan dengan mengedar alat seperti timer dan tikar senaman.

7. Topeng muka.
Ini adalah alat yang amat diperlukan terutamanya selepas PKP.

8. Perkhidmatan pemasaran.
Selepas PKP ini, orang akan fokus kepada operasi. Oleh itu sesiapa yang berkebolehan memberi perkhidmatan pemasaran akan menjadi perniagaan yang boleh meletup selepas PKP ini.

9. Pembersih tangan.
Ia kini sedang menjadi trend. Inilah masa untuk mendapatkan hak pengedar, hak menjual ataupun menjadi ejen.

10. Perkhidmatan penghantaran.
Pengguna semakin biasa mendapat perkhidmatan ini.

11. Perkhidmatan penjagaan anak.
Ini adalah perniagaan yang dijangka paling cepat pulih selepas PKP kerana ibubapa diperlukan bekerja oleh majikan masing-masing. Mereka mungkin diperlukan bekerja di hari-hari cuti.

12. Produk meningkatkan imun.
Mengapa orang tua lebih mudah dijangkiti Covid-19? Puncanya sistem imun mereka semakin lemah. Peluang yang bagus sekiranya produk yang kita ada itu baik.

13. Pelancongan dalam negara.
Bisnes ini akan meletup kerana orang tak berani pergi ke luar negeri. Industri pelancongan kini memang malap. Yang berani boleh tempah sekarang dan jual balik selepas tiga bulan, misalnya.

14. Ladang komuniti.
Ia akan jadi sangat besar kerana food security telah jadi trending seperti di barat. Mereka yang menceburkan diri dalam pertanian akan jadi pilihan utama kerana selepas Covid-19 akan ada had kepada barangan import. Jadi hasil lokal akan ambil alih sebagai peranan utama.

15. Kilang proses makanan.
Rumah sembelihan orang Islam terlalu sedikit. Kena modal besar sedikit. Kalau dikongsi 10 orang dengan RM100,000 seorang, sudah ada sejuta untuk mulakan perniagaan.

16. Perkhidmatan penghantaran.
Apabila sudah ada barang dan banyak kedai runcit, boleh fokus kepada bisnes pengedaran.

17. Dinar dan dirham.
Apa yang berlaku pada hari ini mengikut perencanaan ALLAH. Federal reserve mengumumkan tiada kadar faedah, sama seperti tiada riba. Matawang dunia runtuh untuk reset.

COVID-19 DAN KESANNYA PADA EKONOMI GLOBAL
Apa yang kita lihat di dunia sekarang adalah proses pembetulan. Rasulullah saw dah fokus 1,400 tahun yang lalu. Banyak yang terjadi pada hari ini mengikut panduan ALLAH. Semalam IMF umumkan yang dunia menuju kemelesetan.

Oleh kerana itu, kita kenalah meningkatkan pembelian, bukannya menyimpan. Federal reserve pun menurunkan kadar faedah ke angka 0. Maksudnya tiada riba. Sebenarnya, pasaran matawang runtuh untuk reset.

Kemelesetan ekonomi dah terlalu lama tak berlaku selepas 1997, tiadanya berlaku kemelesetan yang sebesar itu. Biasanya kitarannya terjadi 10 tahun kemudian. Tetapi ia terheret sampai sekarang baru terjadi.

Dalam keadaan ini, golongan kapitalis akan membeli saham-saham yang rendah dan menjualnya kembali apabila pasaran melonjak. Itu cara yang biasa. Tapi jika tuan puan faham tentang apa yang kita perjuangkan, inilah masa untuk kita reset ekonomi kita.

Ini ialah kerana sistem kapitalis telah gagal kerana sistem kita memerlukan wang sebenar iaitu menggunakan apa yang kita ada. Sekurang-kurangnya kita boleh keluar dari sistem ekonomi kredit.

BAGAIMANA KITA SUSUN STRATEGI
Kita satukan kekuatan kita untuk memiliki perniagaan-perniagaan yang strategik sama yang kecil atau yang bersar seperti peruncitan, rantaian makanan, perkhidmatan pengeluaran.kalau buat sendiri-sendiri memang payah. Tetapi jika melalui koperasi seperti KoPPIM boleh dilakukan tanpa memerlukan wang yang banyak.

Dengan wang yang disatukan, kita boleh melabur di dalam sektor-sektor yang strategik. Contohnya, kita tahu Malaysia mengimport bahan makanan lebih 50 bilion setahun. Bayangkan kalau kita boleh bekalkan separuh iaitu 25 bilion.

Matawang Amerika sebenarnya adalah hutang bernilai satu trilion dolar. Mereka tiada aset tetapi mencetak duit di atas kertas sahaja. Apabila matawang Amerika runtuh, ia akan menjadi duit pisang. (duit Jepun semasa perang dunia kedua dahulu yang tiada nilai)

Jadi sebenarnya ia menuju ke arah penggunaan dinar dan dirham. Pakar ekonomi dunia telah menjangkakan ia akan berlaku tak lama lagi.

Pada masa sekarang banyak negara sedang membelanjakan wang masing-masing. Seolah-olah mereka hidup dalam usia pinjaman. Tak semestinya kita hanya membeli emas. Macam kami, kami beli makanan kerana ia punyai nilai sebenar.

Kalau punyai cara untuk mendapatkan emas, boleh dapatkan kerana kita tidak mahu menyimpan wang kertas bernilai satu juta di akaun bank. Kalau ada dua-tiga juta dalam akaun bank, memang akan bermasalah. Sekarang ini kena membeli sesuatu yang ada nilai.

CABARAN BUAT PARA USAHAWAN
Masalah usahawan adalah untuk memenuhi kehendak pasaran. Untuk perniagaan yang semata-mata ingin berbeza dengan orang lain, ia memang sukar hendak berkembang walaupun selepas 10 tahun.

Menjadi lain dari yang lain bukan satu-satunya faktor. Seperti Brainy Bunch sendiri, ia membesar kerana kami membuat perancangan untuk ia membesar dalam apa jua keadaan. Kita kena ada keinginan untuk berkembang.

Contohnya, meskipun penjenamaan itu penting namun, tatkala kami bermula dahulu, kami tak berbelanja besar sangat pun. Kini, kami pun bukannya besar sangat. Hanya sekadar 8,000 pelajar daripada 2.5 juta mereka yang berpotensi menjadi pelajar Brainy Bunch.

Kebanyakan usahawan tidak berkembang kerana mereka tiada perancangan untuk berkembang. Mereka hanya ada rancangan untuk survive… kerana itulah mereka hanya survive. Kalau kita lihat produk-produk yang terdapat di Raudhah Grocer, kita dapati yang orang kita boleh tahan keunikannya.

STRATEGI MEWUJUDKAN MALAKAT MALL
Tetapi kenapa produk mereka sukar ditemui di pasaran, sebelum mereka ditempatkan di Malakat Mall? Sebab, mereka tidak boleh memasuki pasaran. Mereka hanya masuk ke kawasan-kawasan kecil secara online dan melalui stokis yang kecil.

Kerana itulah game changernya ialah dengan mengadakan mall yang boleh menempatkan semua produk ini supaya ia ada ruang dan peluang untuk berkembang. Sebab itulah game changernya bukan sahaja anda, tetapi anda perlu bersatu dalam pelbagai inisiatif yang kami tawarkan iaitu dengan membuka platform.

Apabila kita membina platform, kita hanya beli barangan kita sahaja. Dalam sistem kapitalis, mereka akan letakkan jenama-jenama yang besar. Jenama-jenama yang kecil akan kekal kecil. Sekarang ni kalau ke Raudhah Grocer, sudah nampak trend di mana orang ramai mendapatkan sesebuah jenama baharu kerana ingin menyokong produk kita.

Apabila dia sudah biasa dengan sesebuah jenama, dia tidak akan mencari jenama yang lain. Jadi memang penting untuk sesebuah produk itu mendapat keunikan tetapi sokongan ke atas produk itu juga amat penting.

Memang penting kita memasuki lautan terbuka, tetapi kita tak boleh pergi bersendirian. Sebab itulah kita guna platform koperasi.

Pada masa PKP ini, barang-barang yang boleh kami bekalkan dari Raudhah Grocer adalah terhad. Dalam pada itu, semua pesanan online semua pasaraya sudah tidak boleh menampung permintaan yang terlalu banyak.

MUDAHNYA MELETAK PRODUK DI RAUDHAH GROCER
Kalau anda hendak meletak barang di Raudhah Grocer memang mudah sangat. Tidak perlu membayar menurut SKU atau Stock Keeping Unit. Hanya buat temujanji, bawa produk untuk didaftarkan. Kemudian dapatkan persetujuan untuk harga dan terma-terma yang sepatutnya. Kemudian terus hantar produk. Dengan 200 unit pun sudah boleh bermula.

MERANCANG BIAR UNTUK 30 TAHUN
Kalau hendak buat perancangan perniagaan, buatlah untuk tempoh sekurang-kurangnya 30 tahun. Sebab, perancangan yang panjang itu membolehkan perniagaan anda menjadi begitu besar hingga boleh menjadikan ia alat untuk menyelamatkan dunia masyarakat dan ummah.

Kita mesti bina perniagaan agar ia boleh bertahan selepas kita. Jika sekadar perancangan 10 tahun ia adalah untuk kita semata-mata. Kalau sepuluh tahun ia hanya perniagaan 10X. Kalau 30 tahun ia adalah perniagaan 100X.

Bila kita merancangan perniagaan bukan semata-mata untuk kita sahaja, baharulah datang keberkatan dan berkembang. Perniagaan itu boleh berubah. Tetapi kita kena tengok apakah perniagaan yang kita buat itu akan bertahan hingga 30 tahun?

Kalau kita boleh buat pelan 30 tahun, ia akan jadi perancangan yang kukuh. Pada waktu PKP inilah kita buat perancangan.

KALAU NAK BUKA RAUDHAH GROCER
Modal untuk membuka kedai runcit yang kita jangka ialah RM100,000. Boleh buat secara walk-in macam masuk gudang. Pelanggan isi borang secara online dan mereka datang untuk ambil pesanan sahaja. Kita sedang merancang bentuk operasi perniagaan yang sebegitu. Apabila mempunyai lebih banyak wang, baharulah boleh buka kedai yang lebih besar.

Kita merancang hendak ambil alih perniagaan pelabur luar yang bernilai 60 bilion supaya kita jadi pemilik. Dengan cara itu kita berpeluang membantu orang susah. Raudhah Grocer yang baharu berusia 15 hari mampu membantu orang susah pada hari pertama ia beroperasi.

Bayangkan jika Raudhah Grocer ini sudah wujud setahun, dua tahun atau 5 tahun, pasti kita boleh bantu lebih banyak. Kerana kita hendak lahirkan usahawan Muslim yang menjadi alat membantu masyarakat meskipun setelah dia kaya.

Leave a Reply