FB live Coach Fadzil Hashim pada 9.4.2020

DALAM FB live sebelum ini, saya ada buat pandangan mengenai reset. Dalam konteks usahawan, apa itu reset dalam perniagaan?

Sebenarnya kita dapat peluang bila kerajaan memberi kita beberapa bantuan. Seumur hidup saya, tak pernah berlaku lagi tindakan kerajaan menggesa bank memberi moratarium enam bulan dan beberapa dana bantuan seperti yang diumumkan oleh kerajaan.

Ia memberi satu ruang untuk usahawan untuk mengambil peluang yang ada di depan mata. Sekiranya kita masih terpinga-pinga dan berasakan bahawa lepas habis covid-19 ini kita buat apa yang biasa kita buat, maknanya kita adalah orang yang tidak memahami apa yang sedang berlaku.

COVID-19 BAWA PELUANG

Pakar-pakar ekonomi mengatakan selepas covid-19, segala-galanya akan berubah. Segala-galanya berubah kerana sedang diresetkan secara automatik.

Bagaimana dengan usahawan? Apakah mereka perlu ubah perniagaan mereka? Berapa banyak dana yang harus disimpan? Apa yang patut dilakukan? Saya pun ada sebut dalam beberapa FB live sebelum ini bahawa kita sebenarnya harus memaksimakan peluang di depan mata.

Carilah peluang yang mudah. Semalam saya berbincang dengan Ustaz Firdaus Wong tentang perbekalan barang-barang makanan di Raudhah Grocer.

Kami berbincang bagaimana hendak dapatkan produk biskut sebagai bahan bantuan makanan. Tetapi kita dapati tidak banyak pengeluar biskut Muslim yang berbanding dengan mereka yang mengeluarkan produk cookies dan jajan.

Jadi maksud kata, ini adalah satu peluang untuk kita menjadi pembekal biskut iaitu kategori makanan yang belum ada Muslim provider lagi. Inilah peluang sebab kita buka pasaran untuk edarkan produk-produk Muslim.

Walaupun tak pernah memasak biskut, jangan pelik bila tiba-tiba nak jadi tuanpunya kilang biskut. Tony Fernandes tak pernah bawa kapalterbang boleh jadi tuanpunya syarikat kapalterbang. Coach Fadzil bukan cikgu, tetapi menjadi tuanpunya pusat pendidikan.

MENGENALPASTI DAYA MAJU BISNES

Apabila kita reset, ia tidak semestinya melepaskan semua perniagaan kita. Cuma kita kena kenalpasti mana satu perniagaan kita yang meletup atau yang mana satu mengambil masa untuk berkembang selepas covid-019.

Untuk bisnes kita ambil masa, kita kena biarkan ia berkembang mengikut keadaan. Cuma kita tidak boleh semata-mata menunggu bisnes kita yang berkembang perlahan itu. Ramai orang kata yang kita kena fokus buat satu bisnes sahaja. Ini saya rasa adalah satu kesilapan besar.

Meskipun fokus itu penting, tetapi ia tidak seharusnya menghadkan kita untuk merebut peluang-peluang lain. Kita juga jangan hadkan kepada satu platform. Sebaliknya di pelbagai platform atau omni channel.

RESET DALAM PERANCANGAN BISNES

Reset bermakna, inilah masanya untuk kita buat perancangan. 99 peratus usahawan tak ada pelan perancangan. Jika selama ini kita tiada pelan perancangan, maka waktu PKP inilah masanya.

Kita mesti merancang sebab orang yang gagal merancang adalah orang yang merancang untuk gagal.
Yang tak betul, kena betulkan. Kita kena tambahbaik pelbagai sumber pendapatan samada untuk diri sendiri mahupun untuk perniagaan.

PELUANG PERNIAGAAN PASCA COVID-19

Apakah semua orang kena buat bisnes makanan?
Bukan sektor makanan sahaja yang punyai peluang. Saya ada berikan 20 jenis perniagaan yang boleh dibuat pasca covid-19 nanti seperti membekal alat sanitasi, pembersihan, terowong nyah virus, menjual sarung tangan dan juga emas.

Peluang terlalu banyak. Kitalah yang tentukan samada untuk gunakan peluang ini untuk reset atau tidak. Sekiranya kita gagal memahami situasi yang berlaku ini sebagai satu peluang untuk kita berfikir, muhasabah dan bertindak, maka kita sangat rugi.

Kita sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk menawarkan sistem ekonomi tanpa riba dalam komuniti koperasi. Ia melibatkan semua orang. Sekiranya tuan puan sama-sama mainkan peranan tuan puan, kita boleh wujudkan satu sistem yang baharu.

Mewujudkan sistem yang baharu ini berbeza dengan reset. Sistem ekonomi ini menuntut satu format operasi yang baharu. Kita tidak boleh menggunakan sistem ekonomi sekarang yang jelas memperdaya. Orang kaya makin kaya, orang miskin semakin miskin.

MENGAPA ORANG KAYA PUN SUSAH?

Dalam sistem ekonomi, orang kaya pun susah. Mengapa kita mesti bantu mereka pula? Dalam sistem ekonomi Islam, orang kaya sememangnya benar-benar kaya. Sebabnya, dia tiada hutang. Hutang adalah untuk mereka yang benar-benar perlukan bantuan.

99 % daripada mereka yang kaya mempunyai leverage bernilai 10 kali ganda dari apa yang mereka ada. Katalah seorang kaya mempunyai aset bersih 1 bilion. Kalau dia ada 1 bilion,
hutangnya adalah 10 bilion. Apabila berlaku keadaan seperti hari ini, orang kaya sangat terkesan kerana faedah yang sebenarnya riba masih berjalan walaupun mereka tidak mempunyai pendapatan.

Sebab itu, sekiranya sistem ekonomi dapat reset kembali ke angka sifar kita boleh ambil peluang untuk mewujudkan sistem yang baharu. Inilah yang penting.

STRATEGI MENGATUR KEUTAMAAN

Dalam perniagaan tuan puan, adalah sangat mustahak kita mengatur keutamaan. Keutamaannya ialah terhadap produk sebab kita kena fikirkan apa yang kita hendak buat. Apa masalah yang ada dan apa solusi yang kita cuba tawarkan.

Inilah waktu terbaik untuk membuat pemasaran atas talian untuk membina jenama. Jika dalam keadaan biasa kita perlu memilih waktu-waktu tertentu untuk mempromosikan produk, tetapi di waktu PKP ini peluang mendapat perhatian orang adalah lebih luas kerana 99 % orang sedang stay at home dan ada masa yang banyak untuk meneliti apa yang kita tawarkan.

Buat masa sekarang, kita ambil dana-dana yang ada untuk disalurkan kepada perniagaan yang cepat berkembang ataupun yang punyai potensi yang lebih tinggi. Kami salurkan dana yang ada ke Raudhah Grocer kerana syarikat peruncitan itu pada waktu ini mempunyai kurang risiko kerana Raudhah Grocer adalah penjual barang makanan.

DAHULUKAN SEDEKAH
Untuk dana selain daripada perniagaan, yang harus dilakukan ialah peruntukan untuk sedekah terlebih dahulu. Ini adalah sedekah akan memberi kita keberkatan. Keberkatan ini tidak mengikut congakan matematik. Misalnya, 1 + 1 = 11; 1+ 1+ 1 = 111. Ia tiada had.

Selepas sedekah, simpan dan belanja sekadar yang diperlukan. Yang penting sekali, simpanan itu mesti untuk pelaburan yang strategik iaitu pelaburan yang punyai peluang untuk dilipatgandakan. Contohnya dengan melabur di dalam KoPPIM iaitu Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia.

Industri pelancongan adalah sektor yang lambat pulih. Bagaimana pun pelancongan dalam negara akan boom kerana orang takut hendak ke luar negara.

Apa pun, ia bergantung kepada tindakan kita. Keadaan boleh menjadi lebih buruk dan berpanjangan. Contohnya pada hari ini kita sepatutnya sedar bahawa kita tidak seharusnya terlalu bergantung hidup kepada orang lain.

PENTINGNYA FOOD SECURITY

Pada hari ini kita tidak punyai sistem food security dalaman yang kukuh. Food security kita bersandarkan kepada barang makanan import. Sewajarnya untuk barang-barang asas, kita wajar membangunkan sistem yang boleh membiayai diri kita.

Pada asasnya kita boleh hidup walaupun tidak semestinya mewah. Inilah yang sepatutnya didahulukan. Dalam sistem food security ini, banyak peluang perniagaan seperti ladang-ladang ayam, sayur-sayuran, sawah bendang dan banyak peluang yang kita ada.

Sekarang ini timbul kesedaran peri pentingnya food security. Pada masa sekarang kita masih berpeluang untuk melakukan import eksport makanan. Tetapi akan sampai masanya bilamana kita sudah tidak boleh lagi import makanan.

FOOD SECURITY DALAM KOMUNITI

Bagaimana pun, kita tidak boleh tunggu bila keadaan jadi begitu. Kita harus mengubah tindakan untuk wujudkan food security masing-masing dan kerajaan akan berubah menurut kehendak kita.

Kalaulah dalam sesebuah komuniti itu kelak boleh mendapat beras, sayur-sayuran dan ayam dalam jarak tidak lebih 30 kilometer dari kediamannya, dan bahan-bahan keperluan lain seperti minyak masak diperoleh dari tempat yang berdekatan, ini mewujudkan situasi food security untuk komuniti setempat.

Ini adalah satu bisnes yang sangat-sangat sustainable. Reset covid-19 adalah ruang dan peluang yang harus kita ambil untuk ubah masa depan kita dan keluarga. ALLAH telah hantar kepada kita amaran-amaran awal sesuatu yang kita tak nampak. Habis satu dunia telah berubah.

TIGA METODE PELAJARAN

Cara manusia belajar ada tiga jenis. Pertama visual, kinestetik dan auditori. Kebanyakan kanak-kanak di bawah usia enam tahun lebih mudah belajar melalui perbuatan atau kinestatik. Jadi pendidikan secara online yang kebanyakannya teori belum dapat memberi pendidikan yang terbaik untuk anak-anak.
Sektor industri pelancongan akan pulih dalam masa yang singkat adalah pelancongan domestik. Pelancongan ke luar negara pula akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.

SIDANG ONLINE MENGENAI EKONOMI

Saya sedang merancang dengan kawan-kawan untuk membuat suatu persidangan online atas tajuk reset ekonomi. Doakan kami dapat himpunkan kandungan yang lengkap. Bila telah finalise, kita akan adakan dalam minggu hadapan.

Kita mahu ambil peluang untuk installkan sistem yang benar-benar menepati syarak yang punyai kapasiti untuk menyelamatkan kita dripada bahaya bencana sistem riba yang ada pada hari ini.

#CoachFadzil
#MalakatMall
#PenggunaPemilikEkonomi
#KoPPIM
#BMF

Leave a Reply