Kuliah Pemantapan Ilmu, semoga dengan perkongsian saya kali ini bermanfaaat:
1. Azam bebas Riba – adalah azam yang perlu diperbaharui setiap hari. Inilah jihad melawan nafsu. Kekuatan yang diperlukan oleh setiap orang Islam di akhir zaman.
2. 90% dari kita bekerja untuk membayar hutang bank. Kita telah terperangkap di dalam cengkaman Riba.
3. Allah isytihar perang terhadap kita semua. Apakah peluang kita untuk masuk syurga jika kita tiada usaha langsung.
4. Bagaimana hendak membebaskan diri dari situasi yang sangat getir ini? Ramai dari kita masih terlena dibuai mimpi walau dalam keadaan berperang dengan Allah.
5. Solusinya Sadaqah strategik kepada Tabung Noriba dan beli saham KoPPIM yang melabur dalam perniagaan dengan modal bebas unsur riba.
Lepas itu, bayarkan hutang bank secepat mungkin. Jika hutang itu tak perlu dan kita boleh hidup lebih aman tanpanya – jualkan sahaja rumah ke 2 atau kereta ke 2 kita. Simpan hutang yang perlu sahaja.
6. Bayangkan semua orang Islam yang bekerja di Bank Konvensional hari ini – mogok tidak mahu bekerja kerana memilih untuk taat kepada perintah Allah. Subhanallah – 1442 Hijrah bakal melakar sejarah jika ini berlaku. Aamiin.
7. Bank tak akan tutup pun. Tidak mustahil pemegang saham bank terbesar seperti PNB yang menjadi pengurus pelaburan orang melayu Islam – boleh mengubah model perniaagan bank berasaskan pinjaman riba kepada model perniagaan bank pelaburan tanpa riba. Siapa yang tak nak masuk syurga kan?
8. Sistem pendidikan kita model terbaik melahirkan pekerja yang seterusnya menjadi bakal peminjam dengan riba untuk membeli rumah dan kereta. Yang menjadi usahawan juga disogok dengan pinjaman walaupun dgn kadar pinjaman rendah dari pelbagai agensi kerajaan seperti Mara, SME Bank, Tekun, Hijrah dan etc.
Adakah model meminjam sana sini yang diajarkan oleh Rasulullah?
9. Mungkin inilah sebab utama – Umat Islam di Malaysia belum berjaya. Kerana kita semua hidup dengan riba umpama berperang dengan Allah.
10. Bukan berniaga dengan Allah. Tak ikut cara Rasulullah. Adakah kita memahami doa iftitah yang dibaca setiap kali solat – pengisytiharan bahawa hidupku dan matiku hanya untuk Allah?

Leave a Reply