PERJUANGAN pada asasnya adalah usaha gigih untuk mencapai sesuatu bagi survival diri. Perjuangan di peringkat yang lebih tinggi ialah mencapai sesuatu untuk sesebuah kumpulan yang disayangi. Dalam hidup, kita tidak boleh berfikir untuk selamatkan diri sahaja. Sebaliknya, kita perlu berusaha untuk menyelamatkan orang lain. Ini adalah suatu kewajipan kerana ia tuntutan agama. Kerana itu, berjuang bukannya tindakan yang dibuat seorang diri. Ia lebih berkesan bila dilakukan secara berkumpulan. Lagi ramai, lagi bagus kerana itulah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad saw. Kita ikutlah cara yang telah baginda tunjukkan.

Leave a Reply