SELAIN daripada kebimbangan kita berdepan dengan pandemik Covid-19, ia sebenarnya adalah suatu wake-up call atau seruan untuk bangkit bagi kita kaum Muslimin. Dua personaliti berbincang daripada sudut agama dan ekonomi.

Berikut adalah bahagian kedua diskusi FB Live di Malakat Mall pada 26.3.2020 mengenai tajuk di atas. Diskusi dihadiri Coach Fadzil Hashim, Pengasas Malakat Mall dan Brother Firdaus Wong, dari Multiracial Reverted Muslim. Moderatornya ialah Dr. Taha Omar.

DR TAHA OMAR:
COVID-19 ini mungkin ia muncul kerana kita tak amalkan amal makruf dan nahi mungkar. Bagaimana Bro lihat perkara ini?

BRO FIRDAUS WONG:
DALAM kitab al Bidayah wa an Nihayah, (lihat 16/93) Imam Ibnu Kathir ada mengisahkan tentang wabak. Katanya, wabak ini datang kerana masyarakat telah meninggalkan amar makruf dan nahi mungkar.

Maka pemerintah pada masa itu (Khalifah al-Muqtadi bi Amrillah) telah melakukan amar makruf dan nahi mungkar. Maka awan gelap telah berlalu pergi dan akhirnya keadaan menjadi lebih baik.

Apabila kita telah meninggalkan amar makruf dan nahi mungkar, kita mesti lihat pada solusi. Kita bukan sahaja berdakwah melalui percakapan semata-mata. Pada waktu ini kita harus meneruskan dakwah melalui media sosial. Sebab, jika kita berkurung, mereka yang atheis, yang murtad dan liberal, mereka sedang menyebarkan racun kegelisahan dan keraguan kepada masyarakat.

Mereka akan gunakan sains dan katakan mengapa ALLAH tidak boleh bantu? Sebab itulah saya selalu merayu kepada asatizah kita agar tidak bercakap benda yang merepek apabila muncul secara live di media sosial.

Apabila cakap merepek, media akan ambil hal itu dan memperbodohkan agama islam yang akan menjejaskan semua asatizah. Ada juga dakwah melalui penulisan. Tetapi sekarang ini kita kena berdakwah dengan amal kebajikan kita.

KISAH LELAKI DAN ANJING
Walaupun kita boleh mengejar pahala dengan bersedekah di bulan Ramadan, sesiapa sahaja yang lapar tidak boleh menunggu hingga sebulan. Ada hadis (HR Bukhari-2363) tentang seseorang lelaki dalam perjalanan yang terlalu dahaga. Dia nampak sebuah telaga dan dia turun untuk minum.

Setelah minum, dia nampak seekor anjing yang kehausan dan diambilnya air untuk anjing itu. Nabi bersabda, dia akan mendapat pahala dan masuk syurga. Maka para sahabat pun hairan, mengapa dengan memberi air kepada anjing pun mendapat pahala.

Nabi berkata, selagi kau berbuat kebaikan kepada makhluk ALLAH, maka kau akan mendapat pahala. Jika untuk anjing pun mendapat pahala, tentulah jika kita membantu jiran dan saudara kita, kita akan mendapat pahala. Inilah waktu kita untuk bangkit.
BERSEDEKAH SEKARANG, USAH NANTI RAMADAN

Walaupun ini belum Ramadan, ALLAH boleh memberi ganjaran melebihi bulan Ramadan itu sendiri. Kita kenalah agresif dan tidak berdiam diri. Oleh itu, dakwah dengan cara beramal ini amat digalakkan.

KISAH BILIONAR ABDUL RAHMAN BIN AUF
Orang yang paling kaya di dunia sekarang ialah Jeff Bezos bernilai 100 bilion dollar. Tapi ada sahabat nabi yang meninggal dunia meninggalkan harta enam kali ganda daripada Jeff Bezos. Dia adalah Abdul Rahman bin Auf.

Ramai orang fikir kena jadi hartawan sebelum jadi dermawan. Tetapi sebenarnya kita kena jadi dermawan sebelum jadi jutawan untuk membina tabiat bersedekah. Ketika kita tiada apa-apa itulah masa yang terbaik untuk memberi.

Pemberian RM10 ketika kita tiada itu lebih bernilai dari pemberian seorang jutawan yang memberi RM10,000.
Orang kata Abdul Rahman bin Auf adalah seorang peniaga yang hebat. Tetapi tahukah bahawa Abdul Rahman bin Auf itu kaya kerana suka bersedekah? Ketika dia meninggal, dia dikatakan meninggalkan 3.1 bilion dinar emas.

Kalau kita darabkan 3.1 bilion dinar dengan 4.25 gram, lebih kurang 50 dolar atau lebihkurang RM200. Kalau kita congak jumlahnya melebihi 620 bilion dolar atau RM2.5 trilion. Dan dia buat perniagaan di sekitar negara Arab, bukannya secara global seperti sekarang.

Sebab itulah kita mesti memberi. Lebih banyak kita memberi, waktu inilah kita nak tengok samada kita benar-benar orang yang beriman dengan benda-benda yang ghaib. Lebih banyak kita memberi, lebih banyak pula yang ALLAH akan beri kepada kita.

Apabila Abdul Rahman bin Auf mendapat keuntungan sepeti emas dan dia menangis. Isterinya bertanya, wahai suamiku, mengapa menangis? Jawab Abdul Rahman bin Auf, aku bimbang bagaimana ALLAH bertanya macam mana aku perolehi duit ini.

Langsung isterinya menyarankan kepada suaminya untuk sedekahkan. Maka apabila Abdul Rahman bin Auf bersedekah, esoknya dia memperoleh dua peti emas. Sehingga dia terlalu banyak duit dan berasa takut nak bersedekah pula.

MAKIN KAYA KERANA KURMA KERING
Kebetulannya pada ketika itu musim kurma. Terdapat sebuah ladang di mana semua pohon kurmanya kering dan tuanpunyanya berdepan dengan kerugian. Abdul Rahman bin Auf terus membeli ladang itu dan mengambil semua kurma itu untuk disedekahkan. Tetapi orang ramai tidak mahu makan kurma yang kering. Seolah-olah pelaburan Abdul Rahman bin Auf itu akan rugi.

Tetapi waktu itu di Yaman, muncul satu penyakit yang ubatnya hanyalah dengan memakan kurma kering. Maka pedagang-pedagang datang dari Yaman untuk mencari kurma kering. Tiada ladang yang menghasilkan kurma kering melainkan di ladang Abdul Rahman bin Auf.

Pada niat asal Abdul Rahman bin Auf ingin bersedekah. Tetapi oleh kerana keperluan pedagang-pedagang Yaman, maka Abdul Rahman bin Auf mendapat keuntungan yang berganda dari jualan kurma kering itu.

APA ITU DAKWAH BIL MAAL
Begitulah dakwah bil maal, iaitu dakwah melalui amalan atau perbuatan. Sekarang ini kita boleh makan lima kali sehari. Tetapi ada yang hanya makan sekali sehari. Jadi inilah masa yang terbaik.

Saya difahamkan, permohonan dalam skim Program Zero Hunger sudah melebihi 9,000 pemohon. Pada masa inilah kita boleh lakukan sedekah. Wang itu digunakan untuk membeli barang dan kemudiannya diberikan kepada para pemohon secara percuma.

Bayangkan pahala yang akan kita peroleh dari darah daging yang tumbuh hasil sumbangan kita. Mungkin bagi kita, RM10 itu tiada apa-apa. Bayangkan jumlah yang menonton live ini pun sudah 300. Bayangkan jumlah folower kami berdua yang melebihi 500,000. Jika diambil hanya 10 peratus iaitu 50,000.

Sekiranya seorang menderma RM10 dan kita peroleh RM500,000, kiralah berapa ramai yang kita boleh beri makan.
Sumbangan ini bukan sahaja diberi kepada golongan Islam sahaja. Silalah bersedekah. Barangkali sedekah ini menjadi asbab kita dijauhi dari Covid-19 ini dan lebih banyak masa untuk beribadah.

Bukan anda sahaja, bahkan sila share dalam whatsapp group anda. RM5 atau RM10 pun tidak mengapa. Yang menonton live ini saya percaya adalah penyokong kami dan dakwah kami. Mari kita mulakan…

MRM SUMBANG RM10,000 UNTUK ZERO HUNGER
NGO kami, MRM akan menyumbang RM10,000 kepada Program Zero Hunger. Saya percaya ini juga harapan daripada sahabat-sahabat kami untuk melihat agar duit sumbangan itu digunakan di jalan yang betul.

Sebagai pendakwah, jika pada masa ini kita tidak menyumbang, maknanya kita tak amalkan kepimpinan melalui teladan atau walk the talk.

COACH FADZIL HASHIM:
SEMUA sumbangan akan digunakan untuk pembelian barang. Lain-lain kos operasi dan kakitangan ditanggung oleh yayasan Brainy Bunch.

Untuk para usahawan, lakukan sedekah kerana sedekah ini penting. Dalam kelas saya mengenai personal financing, saya memang sarankan kita bersedekah dahulu. Selepas sedekah baharulah buat simpanan untuk keluarga dan kemudiannya dana perniagaan.

AYUH SERTAI KoPPIM
Perniagaan apakah yang hendak dibuat dalam keadaan sekarang? Saya sarankan ambillah peluang untuk melihat model Raudhah Grocer ini.

KoPPIM ada RM2 juta. Tetapi kalau nak buat Mall kena ada RM30 juta. Tapi saya mulakan dahulu. Alhamdulilah, mall ini dimulakan tanpa pinjaman bank. Mall ini memberi peluang kepada para usahawan mengambil peranan untuk jadi usahawan dalam pembekalan makanan.

Contoh, di Raudhah Grocer sekarang ada lebih 3,000 produk. 80 % daripadanya adalah pembekal Islam. Dalam keadaan sekarang, kita gunakan peluang ini untuk reset ekonomi dengan cara menyatukan kekuatan dana tunai yang ada di tangan itu untuk koperasi.

Koperasi pula adalah pemilikan bersama. Seandainya kita laburkan sejuta, seratus ribu atau seratus ringgit, hak mengundinya adalah sama. Undang-undang kecil saham kita cadang untuk turunkan dari RM500 kepada RM100 supaya makcik di kampung pun boleh jadi pemilik dan dia boleh undi.

Sebabnya kita hendak ubah sistem dari pemilikan kapitalis kepada pemilikan pengguna. Ambillah ruang dan peluang yang kita sediakan, jadi ahli KoPPIM.

Kita perlukan 1 juta ahli KoPPIM. Pada perancangan asal, kita hendak bina 1,000 Raudhah Grocer dalam tempoh 10 tahun. Tetapi oleh kerana Covid-19 ini, kita kena segerakan kewujudan Malakat Mall sekarang.

SIAPA NAK BUKA BISNES RM100,000?
Kalau kita berbelanja di kedai sendiri, kita akan dapat pulangan dividen. Kalau ada di antara para usahawan yang punyai lebih modal minima RM100,000 anda boleh buka Raudhah Grocer.

Ada seorang usahawan dari Country Homes Rawang yang nak buka perniagaan. Dalam tempoh PKP ini kita akan berurusan secara online. Malah, kita sudah ada 10 lokasi di seluruh Semenanjung dari Johor sampai ke Perlis dan kita menanti mana-mana usahawan yang hendak memulakan.

90 % modalnya adalah untuk membeli makanan untuk jualan dan sumbangan melalui derma sendiri dan orang ramai. Kalau nilai Raudhah Grocer ialah RM20 juta berdasarkan jumlah modal yang kita keluarkan, menjelang ahir tahun ini, nilainya dijangka meningkat 100 kali ganda iaitu 200 juta.

Bayangkan sekiranya anda ahli KoPPIM atau menjadi pemilik bersama. KoPPIM ini bergerak tanpa kos kerana jawatankuasanya bekerja tanpa gaji. Tenaga kerjanya pun adalah dari petugas Brainy Bunch dan PPIM.

Koperasi ini adalah rakan kongsi dengan usahawan. Setiap kali ada Raudhah Grocer yang baharu, akan ada seorang usahawan. Untuk permulaan, usahawan mengeluarkan modal RM100,000. Bila ingin mengembangkan perniagaan, KoPPIM akan beri dana.

Kita perlukan usahawan untuk beri kekuatan kepada koperasi. Mereka adalah jantung kepada Raudhah Grocer. Oleh itu, anda yang ada sedikit modal, berkongsilah untuk membuka Raudhah Grocer.

Misalnya, jika ada RM10,000 yang dikongsi dengan 10 orang akan menghasilkan minima target jualan sebulan RM7.5 juta. Kita ada pengalaman asas 5 tahun sebagai permulaan dan kini dengan tenaga pakar di Raudhah Grocer sekarang, kita dapat wujudkan pasaraya dalam masa yang agak singkat.

KoPPIM PELABUR STRATEGIK RAUDHAH GROCER
Kini, Raudhah Grocer yang ada sudah stabil dan sistem pengurusannya pun sudah ada. Sesiapa yang berminat hanya perlu ikut sahaja. Walaupun dalam tempoh PKP ini, kita masih boleh menjalankan perniagaan kerana perniagaan ini memang diperlukan.

Pada hari ini ada BERT, Brainy Rangers response Team yang akan bergerak ke Perak kerana kita dapat maklumat beberapa keluarga telah terputus bekalan makanan.

Apabila jadi ahli KoPPIM, jangan lupa membeli di Raudhah Grocer. Boleh memesan secara online. Pesanan akan sampai dalam masa 48 jam. Wake up call ini bertujuan agar kita bertindak secara strategik agar apabila kita keluar dari kesan Covic-19, kita menjadi lebih hebat.

Kita menjadi pemilik ekonomi, bukan lagi ekonomi dimiliki oleh orang lain. Kita keluar dari wabak ini dengan memiliki kuasa ekonomi. Selama 62 tahun kita pegang kuasa politik, tetapi kita lemah sebab tak kuasai ekonomi.

Inilah peluang yang ALLAH beri agar kita reset sekiranya kita memahami tanggungjawab dan peluang yang ALLAH beri sebagai tempoh untuk kita berfikir, muhasabah untuk merancang dan bertindak seterusnya.

Leave a Reply