Cyberjaya – ANCAMAN pandemik Covid-19 membantutkan aktiviti harian manusia hampir di seluruh dunia. Aktiviti ekonomi terutamanya, turut terjejas. Pasaran saham jatuh kerana pelbagai industri telah lumpuh kerana memberhentikan operasi.

Hanya segelintir aktiviti ekonomi yang masih berjalan iaitu di bidang makanan, pertanian dan kesihatan. Operasi Malakat Mall yang dilancarkan pada 13 Mac lalu turut terjejas berikutan dengan langkah-langkah PKP yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Berikutan dengan itu, hanya Raudhah Grocer dan Bunch-Oh sebagai pasaraya dan restoran sahaja yang dapat beroperasi. Pada waktu ini, Raudhah Grocer menjadi tumpuan sebagai sebuah pasaraya dan juga pembekal barangan makanan untuk Program Zero Hunger yang dianjurkan oleh Brainy Bunch Foundation.

Raudhah Grocer punyai yang misi besar. Ia mahu mewujudkan 5,000 buah kedai dalam masa 10 tahun sehingga 2030. Oleh kerana sektor permakanan merupakan sektor yang amat-amat diperlukan, maka satu program mempercepatkan perkembangan pembukaan Raudhah Grocer telah digerakkan.

Model Raudhah Grocer yang berkonsepkan mini market yang canggih telah diubahsuai dengan mengutamakan kecepatan urusan jual beli cara segera dalam suasana pandemik Covid-19.
Menurut Pengasas Raudhah Grocer, Coach Fadzil Hashim,

“Raudhah Grocer ini kami namakan Raudhah Grocer Express atau RGX. Ia adalah versi asas Raudhah Grocer yang memerlukan kos set-up yang lebih tinggi.

Kos infrastruktur RGX yang lebih rendah, yang menumpukan kepada produk dan kepantasan transaksi akan mempercepatkan perkembangan Raudhah Grocer dalam masa yang pendek.”

Kedai RGX yang pertama dijangka mula beroperasi pada penghujung bulan ini di Seksyen 24, Shah Alam. Multiracial Reverted Muslims sebuah NGO dakwah yang diterajui oleh Bro Firdaus Wong telah bersedia untuk memikul tanggungjawab ini.

Bro Firdaus Wong yang dihubungi berkata, “Lokasi RGX ialah di Seksyen 24, Shah Alam yang meliputi kawasan penghantaran di sekitar bandaraya itu termasuk bandar Kelang dan Subang Jaya.”

“Sasaran delivery adalah dalam tempoh 48 jam selepas pesanan manakala ambil sendiri (pick-up online order) lebih kurang 90 minit.”

Sepertimana Raudhah Grocer di Malakat Mall, RGX di Shah Alam turut memainkan peranan sebagai pusat bekalan kepada golongan asnaf dan B40 yang terjejas kerana Covid-19.

“Untuk hantaran bantuan kepada asnaf dan juga pesanan pelanggan, lebih kurang lima buah kenderaan akan digunakan iaitu sebuah lori, sebuah van, sebuah 4WD kereta dan juga motorsikal.”

Sementara itu pihak Raudhah Grocer juga membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk membuka RGX di daerah masing-masing. Permohonan akan dibuka dalam tempoh terdekat.

Leave a Reply