Sebagai pengguna, kita pun ada peranan dalam jihad untuk meningkatkan ekonomi Islam. Bagaimanakah caranya? Sebagai pengguna, caranya ialah berbelanja di syarikat-syarikat yang kita lihat dipunyai oleh mereka yang membantu agamanya.
Secara zahirnya kita dapati mereka ini tidak terlibat dalam perniagaan-perniagaan yang jelas haramnya seperti terlibat dalam perniagaan arak dan judi. Mereka dilihat rajin bersedekah serta menginfaqkan hartanya untuk jalan kebaikan. Insya-ALLAH, mereka yang melakukan semua kebajikan ini adalah golongan yang mengeluarkan zakat perniagaan.
Di syarikat-syarikat inilah kita bantu dengan berbelanja atau berurusniaga dengan mereka. Seandainya selama ini kita tidak ambil peduli tentang hal ini, marilah kita ubah tabiat kita dalam memilih mana satu perniagaan yang tidak membantu ekonomi Islam dan yang mana satu memperjuangkannya.
Mulai hari ini, mari kita mulakan pengorbanan demi ekonomi Islam. Semoga hidup kita ALLAH swt berkati. Ameen.

Leave a Reply